Facebook Memberi Kesan Yang Buruk Kepada Saya



Facebook? Menatang apakah facebook? Atau dalam bahasa Melayunya ialah MukaBulu Mukabuku.

Menurut pandangan gadis yang bernama Najwa Latif,beliau berpendapat bahawa Mukabuku ini ialah " Pabila kau katakan kau suka aku,ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju.. Oooo...Itulah cinta yang satu..Cinta di muka buku" * pengsang.

Tetapi hari ini saya nak katakan bahawa Facebook sebenarnya banyak memberi kesan buruk kepada saya. Ini baru satu laman sosial,kalau lah saya tertaksub dengan Twitter atau Pencicit bak kata Mat Lufti. Sudah tentu semakin banyak anasir-anasir jahat yang menyerang batin saya. 
Hal ini boleh menyebabkan kerajaan hilang insan hensem yg berkelebihan yang berpotensi untuk mengantikan Anwar Ibrahim Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa hadapan kelak.

Sudah pelbagai cara yang saya gunakan untuk mengelak daripada bertemu dengan Facebook namun apakan daya. Saya tertewas jua pada profil aweks-aweks cun bertudung.

Asal bukak laptop,bukak facebook,asal bukak facebook ,bukak laptop. Namun mak saya harus berbangga kerana saya masih baik kerana bukak laptop,facebook. Bukan bukak laptop,terus tuju laman hiburan seperti Beautifulnara untuk mencari gambar-gambar artis cun dan seksi dan panas.

Mak saya juga harus berbangga kerana saya bukan mengikuti perkembangan Abby Abadi dengan politiknya,perkembangan tentang rasuah kerajaan yang berleluasa ataupun terjebak dalam video klip 3gp. Tetapi saya hanya mengikuti perkembangan anak Abang Ben Ashaari yang bernama Qhaliff.

Saya juga tidak terlibat dengan membaca artikel-artikel haram jaddah yang tidak memberi manfaat di sesetengah blog tetapi saya membaca artikel blogging dan pelbagai maklumat yang sangat seronok di blog Denaihati Hidup Untuk Memberi dan blog Hasrulhassan.

Makbapak saya,adik saya,nenek saya serta pakcik makcik saya juga harus berbangga kerana saya tidak membaca karangan-karangan seks atau lucah yang berleluasa di alam maya ini tetapi saya memilih untuk mentarbiah diri saya dengan membaca artikel-artikel Islamiah di blog Langit Ilahi yg diasaskan oleh saudara Hilal Asyraf yang mendorong hati saya untuk kembali dan dekat kepada Allah swt. Semoga Allah swt memberkati perjuangan Islam ini.

Selain itu,para blogger yang dikasihi juga harus berbangga kerana saya tidak meletak gambar kiut mulut dengan mulut bermuncung itik,bermata bulat dan tergedik-gedik di blog ini demi menjamin keselesaan para pembaca supaya dapat membaca tulisan saya dengan tenang tanpa mengeluarkan kata-kata kesat mahupun muntah hijau. 

Saya juga sering mencari masa untuk menjelajah blog rakan-rakan blogger seperti blog Kesan Cik Ronggoks,Zalias Iloufarave, Cweet Pinky, Behindthescene dan banyak lagi. Mereka juga mesra untuk menerjah blog buruk saya ni.

Selain itu,saya juga tidaklah membuang masa seperti budak-budak remaja lain yang merempit,hisap dada,bersosial haram jaddah,keluar malam,jual diri dan sebagainya. 

Sebaliknya saya berblogging di malam hari setelah menyetok@mengigil badan taktala mengulangkaji dan meletakkan iklan Nuffnang yg selama ini telah banyak memberi sumbangan kewangan kepada saya. Jadi,pilihlah Nuffnang. Pilihan terbaik blogger picisan! *ops. iklan ini tidak berbayar. Haha!

Jadi,apa kaitan facebook dengan cerita saya di atas?
Sebenaqnya,tiada kaitan. Mohon bersabar tetapi saya nak beritahu bahawa facebook sebenarnya telah memberi kesan yang buruk kepada saya.

Kesan buruk ini telah menyebabkan saya terlalu meluangkan banyak masa bersama facebook tanpa melakukan aktiviti riadah yang lain seperti memberi makan arnab adik saya,bermain bersama burung merpati kesayangan ayah saya dan berjinak-jinak dengan itik yang semakin hari semakin sihat nampaknya. 

Perkara ini telah menyebabkan binatang peliharaan di rumah saya kecewa dengan putus asa dengan saya. Sebab itu,itik-itik ini selalu berbunyi di malam hari. " Wek! Wek! Wek! Wek!" - maksudnya " Abe! Abe! Abe! Abe!" Sampai letik itik saya memangggil saya yang tengah syok layan PES 2012.

Erti kata lain,facebook memberi kesan yang malas kepada saya dengan hanya tidak berbuat apa-apa di hadapan komputer.

Atau dalam bahasa kasarnya. Jadi MALAS GONG!

Apabila saya mengakses Facebook saya hanya membaca status-status rakan dan gelak seorang diri bagaikan dirasuk Uncle Seekers dan hantu Jangan Pandang Belakang. Hal ini menyebabkan saya menjadi keliru dan bengong dan dugong.

Disamping itu,Facebook menyebabkan saya boleh diberi pepatah Melayu " Bagai katak di bawah tempurung".

Kesan ini nyata memberi impak maksima  ke atas diri saya. ( Hish. Sapa pulak main mercun bawang@pop ni. Pap! Pap! Pap! Ni mesti anak jirang sebelah,entang-entah adik aku)

Sehubungan itu,saya nekad untuk menjauhkan diri daripada facebook dan cuba untuk mencari masa yang ada untuk melakukan perkara yang realiti kerana Facebook hanya fantasi. 

Oleh itu,saya menyeru diri saya supaya aktif berblogging dan menjauhkan facebook buat sementara waktu kerana saya akan menduduki peperiksaan penting pada bulan 11 ini.

Akhir nur kalam, sayangi keluarga anda,sayangi binatang peliharaaan anda,sayangi isteri anda,sayangi kekasih anda,sayangi agama anda,sayangi iman anda,sayangi hati anda,sayangi adik ipar anda,sayangi cikgu anda,sayangi ilmu anda,sayangi jiran anda,sayangi mulut anda,sayangi diri anda dan sayang lebih-lebih kepada Allah dan Rasul. Semoga kita diberkati dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

" Ya Alllah,berkatilah masa yang Engkau berikan kepada kami dan tunjukkanlah kami jalan yang lurus.."

6 comments

lagi 3 bulan blh study utk exam.. bagus study awal2.. :-)

memang akan jadi katak bawah tempurung bila berfb lama2..

salam kenal

Jangan nangis sudah. Haha. :D

InsyaAllah. Sedang mencari mood study yg dah ke laut. Hehe.. :)

Betul2. Saya setuju! Salam perkenalan cik Syiela. :)


EmoticonEmoticon