Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Cerita Aku Bulan Oktober


Assalamualaikum wbt.

Sedar atau tidak, masa kian berlalu. Sekarang,dunia sudah memasuki bulan Oktober. Banyak kisah yang hendak aku kongsikan disini. Betapa lamanya aku membiarkan blog ini bersawang. Tentu saja cicak ketawa menggilai melepaskan tahinya,tentu saja labah-labah riang tertawa membuat sarangnya dan tentu saja itik bertelur lagi.

Bulan-bulan yang berlalu begitu banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Hari ini,aku perlu tekad untuk menerajui kehidupan mendatang.

Menghadapi Peperiksaan STPM

Bulan November semakin menghampiri. Debarannya usah dicerita. Tetapi ketahuilah akan pepatah ini, " Hero tok gadduh.". Maknanya, sukar diungkap. Haha. Hero selalunya akan menjadi kuat di saat akhir setelah melihat aweksnya dikasari oleh penjahat,kan? Begitulah aku.

Tetapi, aku harus sedar " Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga". Diriku ibarat hidup segan mati tak mahu. Peperiksaan ini amat penting kerana pointer pada penggal pertama ini menentukan pointer pada penggal ke 2 dan ke 3. Mohon doakan aku dalam rindu.


Misi Kuruskan Badan

Aku rasa,itik dan arnab kat rumah aku pun dah meluat duk dengar aku bercerita tentang misi kuruskan badan. Aku pun dah naik muak dah. Tak kurus-kurus jugak sampai ke lani.

Iya lah. Sejak dulu lagi nyah. Tetapi apa hasilnya? Aku tewas pada Nasi Beriani Ayam,tersungkur melihat Sup Perut,rebah terguling melihat aiskrim dan tergetar-getar melihat lauk pauk yg sedap. 

Benda ni ibarat kau jumpa aweks yang cun,tipulah kalau kau tak terliur ataupun kau gay? Hahaha!

Teringat pula stail lama seorang kawan mengorat perempuan. Tengah jalan-jalan dengan member lepas tu ada awek lalu. Sambil lalu berselisih dengan awek.

" Peeewittt! Nombor mintak lok." 

Lepas tu,buat-buat bercakap dengan kawan. Haha! - susah gila aku nak terangkan situasinya. Mohon korang faham. 

Tetapi bulan ini , aku tekad untuk berdiet dan bersenam.mAku selalu motivasikan diri agar semangat tak mudah lentur.

Setiap kali tergoda dengan makanan. Aku sering berkata kepada perut.

" Perut, kau jangan makan. Kau kena kuruskan badan. Bila kau kurus,Neelofa pun nak kau kau."


" Perut Oh Perut! Jangan! Jangan! Ingat! Jangan biarkan hidup kau diselubungi lemak perut buncit.."

Sasaran aku tiga bulan. Aku kena turunkan berat dari 94kg kepada 80kg. Aku tak mahu nanti, bila kawen baru nak kuruskan badan. Jadi,wahai kaum lelaki. Sekiranya anda mahu hebat bergaya,hilangkan perut bencit anda dengan bersenam. Ingat! Gadis secantik Wawa Zainal pasti termimpikan anda jika anda mempunyai 6 ketul perut. Hahaha!

Dilema antara Tingkatan 6 atau Pusat Pengajian Lain.

Ayah aku sentiasa bagi dorongan dan pendapat kat aku. Beliau cakap,sekiranya aku tak dapat bawa pengajian STPM ni, lebih baik aku belajar tentang kemahiran seperti IT,Elektrik dan sebagainya. Cuma yang merunsingkan aku, aku takut aku tak mampu. Aku tak yakin dengan diri aku. Kalau korang? Korang rasa macam mana? Oh! Dalam dilema...

Jujur aku cakap, kepala aku sentiasa pening apabila membaca buku. Aku tak tahu kenapa. Mungkin jin yang berada dalam tubuh aku ni jin pemalas. Pening mak....

Begitulah sedikit sebanyak coretan aku. Mohon korang baca sampai habis dan sudi memberi pendapat. Yang baru bertandang ke sini,salam perkenalan dari Abe Mirul. Semoga korang terus sukses! Chaiyok! Chaiyok!

Hari Raya & Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum wbt.

Sekarang, kita dah hampir separuh hari berada di bulan Ramadhan al-mubarak. Bagaimana dengan puasa kita? Yang dewasa nun,jangan duk buat perangai macam budak-budak zaman dulu-dulu lah. Dah besar panjang der,bersunat pun sudah. Tunggu nak kawen je,kan? Haha!

Malam ni, Abe duk terkenang pulak kisah Hari Raya Aidilfitri masa Abe duk kat Kuching tahun lepas. Banyak kenangan yang terukir masa Abe tinggal dan bersekolah kat Kuching. Duk kat Kuching ni seronok, orang Sarawak mudah mesra,senang nak berkawan, mudah jadi geng dan gembira sokmo. Mena sik kata kamek? Haha.

Tetapi, Abe nak cerita kat sini. Apabila tiba musim Raya, suasana kat sini lain. Tak macam di Semenanjung. Nanti je lah Abe kongsi. Apa yang pastinya, taksah raya kalau tiada Kek Lapis Sarawak ni. Kalau pergi jalan-jalan ke rumah kawan, rumah kawan sayah. Mesti ada je kuih ni hinggakan Abe pun pening nak menjamu Kek Lapis. Haha. Yang pasti, apabila tiba hari raya. Kek Lapis wajib ada. Betul sik kawan-kawan?

Facebook Memberi Kesan Yang Buruk Kepada Saya



Facebook? Menatang apakah facebook? Atau dalam bahasa Melayunya ialah MukaBulu Mukabuku.

Menurut pandangan gadis yang bernama Najwa Latif,beliau berpendapat bahawa Mukabuku ini ialah " Pabila kau katakan kau suka aku,ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju.. Oooo...Itulah cinta yang satu..Cinta di muka buku" * pengsang.

Tetapi hari ini saya nak katakan bahawa Facebook sebenarnya banyak memberi kesan buruk kepada saya. Ini baru satu laman sosial,kalau lah saya tertaksub dengan Twitter atau Pencicit bak kata Mat Lufti. Sudah tentu semakin banyak anasir-anasir jahat yang menyerang batin saya. 

Dah Bulan Jun Tapi Tak Sedar-Sedar Lagi?