Mengapa Saya Memilih Nuffnang?



Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Sekarang,tibalah masa untuk masa membodek syarikat pengiklanan yang menjadi pilihan ramai terutama blogger-blogger baru yang tumbuh bagai cendawan taktala hujan turun renyai-renyai iaitu Nuffnang.

Adapun manusia zaman kini yang masih tidak tahu apa itu Nuffnang,anda boleh berkunjung ke website Nuffnang ini.

Terlebih dahulu ingin saya tegaskan disini bahawa entri saya yang bertajuk " Mengapa Saya Memilih Nuffnang" adalah disebabkan saya ingin membodek pengiklan-pengiklan supaya beriklan di blog saya walaupun trafik rendah dan ingin menyatakan kepuasan ataupun perasaan gembira di atas perkhidmatan Nuffnang. Mohon jangan bersangka buruk. Hehe!

Jujur saya katakan bahawa setelah hampir 3 tahun menggunakan perkhidmatan syarikat pengiklanan Nuffnang ini,saya bersyukur kerana rezeki tetap ada kerana sehingga kini alhamdulillah mampu menghasilkan wang walaupun blog saya yang lama, blog Amir Izzat tidak dikemaskini,tambahan pula trafik tidaklah setinggi mana tetapi masih mendapat tempat di hati pengiklan-pengiklan Nuffnang. Buktinya?



Trafik Bulan Lepas Blog Amir Izzat

Untuk tahun 2012
Walaupun tidak sehebat blogger-bloggeR otai yang pandai bermain SEO dan mempunyai ramai pengikut. Alhamdulillah,dengan berblogging secara santai dan bersahaja. Saya mampu mendapat menjana pendapatan. Anda bila lagi? - macam pernah ku dengar ayat ini. haha!

Walaupun blog Abey Mirul masih belum mendapat tempat di hati Nuffnang kerana masih baru bertapak namun jika ada rezeki,tidak mustahil syarikat pengiklanan Nuffnang akan mula mencintai blog Abey Mirul ni.

Maka,disini ingin saya rumuskan bahawa mengapa saya pilih Nuffnang adalah kerana ;

1. Nuffnang mesra pelanggan iaitu dengan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik dan seronok. Walaupun saya tak pernah pergi,tetapi saya rasa seronok tengok orang pergi.

2. Nuffnang banyak mengadakan pertandingan (contest) dan memberikan hadiah seperti tiket wayang,kamera dan sebagainya yang mampu membuatkan air liur meleleh. Nak beli tak mampu,kan?

3. Nuffnang juga tidak memilih kasih dalam memberi Buffered Earning(BE) kerana jika Nuffnang pilih kasih,sudah tentu Nuffnang tidak akan memberi BE kepada blog saya yang sudah lama tidak dikemaskini.

Saya rasa itu je kot. Susah untuk saya gambarkan kepada anda kerana pada saya. Nuffnang adalah pilihan yang terbaik untuk saya ketika ini. Saya kira,blogger Intan Berlian juga bersetuju. Iya lah,selepas cash out. Sudah dapat BE baru? Untungnya. Seronok baca entri Semalam Cash Out, Hari Ini Dapat BE Baru. Sekurang-kurangnya,blog kita ada hasil,kan?

Disamping itu,saya juga mendapati bahawa bukan senang untuk dapat Buffered Earning(BE) dan bukan juga susah kerana sememangnya mudah jika kena pada tekniknya. Hendak saya katakan teknik yang berkesan,saya pun buntu jugak tetapi daripada pemerhatian saya.

Saya mendapati;

1. Selepas cashout kali pertama, BE akan sentiasa bertambah. Tak pernah berhenti sejak dulu lagi.

2. Saya kira paparan blog juga memainkan peranan untuk mendapatkan BE/pengiklan daripada Nuffnang. Sebab itu ada yang kata,jangan tukar template blog acap kali.

3. Saya juga rasa maklumat yang kita isi dalam blogger bio survey kat Nuffnang tu memainkan peranan penting supaya pengiklan tahu siapa kita dan tahu iklan apa yang sesuai untuk diletakkan dalam blog kita.

4. Trafik kadang-kadang adalah penting. Banyak trafik,pengiklan pun suka ,kita pun suka namun ia bergantung kepada keadaan dan rezeki.

Itu sahaja kot sebab saya tidaklah sehebat mana dalam soal ini namun saya cuba kongsikan apa yang tahu agar kita manfaatkan bersama kerana tanpa usaha kita takkan dapat apa-apa.

Apa yang penting adalah kesabaran.

Kalau berblog hari ini,tak mungkin esok terus jadi retis/terkenal.

Kalau berblog hari ini,tak mungkin esok terus jadi jutawan blogging.

Semuanya memerlukan masa dan usaha. Betul tak kawan-kawan?

Oleh itu,pesan saya. Buatlah pilihan yang bijak kerana menjadi blogger yang sejati adalah menjadi keutamaan. Jiwa blogger kena ada! Yeaah!!

Setakat itu sahaja lah. Semoga entri ini bermanfaat untuk kalian semua. 



Assalamualaikum wbt.

MAN JADDA WAJADA,WAMAN ZARAA HASADA.

p/s: Bulan ramadhan macam ni. Apabila ada blogger buat entri Somtam Best Ni. Terus meleleh air liur. Hehe!

5 comments

banyak tu duit! kayo! hehe

so far pun aku still setia dengan nuffnang..walaupun BE dah lama tak muncul..hehe

Tu dulu ar.. Sekarang tak dah.. Haha.

Mm... kena bodek sikit Nuff tu.. Baru BE muncul.. :)

Tak sehebat En Hamzah(Mejah?). Sekadar berkongsi utk menggalakkan blogger baru... :D


EmoticonEmoticon