Mencari Identiti Sebagai Penulis Blog



Sebenarnya, sejak kebelakangan ini aku cuba untuk memupuk balik sikap dan sifat suka menulis kerana setelah sekian lama aku tinggalkan bidang penulisan ini. Ia membuatkan aku buntu dan keliru akan gaya penulisan aku. 

Dulu, ketika aku masih budak sekolah. Mungkin cara penulisanku bersahaja dan agak comot sana sini tetapi kini aku sedar, aku dah dewasa maka gaya penulisan aku juga harus matang dan bijak. 

Oleh sebab itu, aku cuba mempelbagaikan gaya penulisan aku sendiri hatta aku sendiri kabur hendak menulis tentang apa,tentang isu apa.




Adakah aku perlu berkongsi cara hidup aku di blog ini?

Adakah blog ini hanya sesuai untuk ku luahkan pendapat?

Adakah blog ini aku jadikan blog salin dan tampal sahaja demi menarik trafik?

Sebab itu aku cuba ubah dari gaya lama,sikap lama kepada sikap yang baru yang lebih produktif dan banyak idea. Mungkin kena banyak membaca selepas ini. Tambahan pula, karangan Bahasa Melayu STPM yang memerlukan karangan sepanjang 600-650 patah perkataaan agar mencabar minda aku.

Blog ini ku cuba jadikan sebagai wadah untuk aku berlatih dan terus berlatih cuma minda aku yang terlalu fikir akan perasaan orang lain.

" Eh! Dia ni suka tak baca blog aku?
" Hurm...takdak pun orang komen. Takdak orang baca la ni.."
" Alaaa..sikitnya trafik hari ni."

Aku cuba untuk buang sikap tu. Apa yang aku cuba ketengahkan adalah penulisan dan perkongsian aku di alam maya ini.

Maka, aku cuba anggap aku ni adalah penulis macam penulis dalam akhbar yang bijak menggunakan kata-kata yang indah.

Matlamat aku satu sahaja sejak dulu, gunakan Bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. Jika terpaksa,gunakan saja bahasa pinjaman.

Sehubungan itu, aku kena cari apa yang aku mahu dan apa yang ingin aku perjuangkan.

Aku boleh juga memilih berkongsi kehidupan aku tetapi adakah ada yang sudi? Pasti membosankan.

Walaubagaimanapun, aku harus bermula setapak dahulu kemudian berlari dan terus berlari.

Cita-cita aku? Hendak memimpin negara ini dengan menggantikan sistem pendidikan kita yang bercelaru dek kepentingan individu serta akibat tindakan menteri-menteri yang bekerja sambil lewa tanpa mempedulikan kesan mendatang sepertimana isu PPSMI dan isu logo Hari Merdeka serta lagu Hari Merdeka " Janji Ditepati" yang aku rasa tidak sesuai langsung dalam konteks Hari Merdeka. Kerajaan harus tahu bahawa lagu tersebut hanya untuk Hari UMNO.

Suka aku katakan,aku suka untuk memberi pendapat. Sekadar pendapat namun setiap orang mungkin berbeza pendapat. Tetapi jika wujud perbezaan ideologi dan pendapat ini,maka tidak lah sampai memutuskan silaturrahim kerana hidup ini untuk memberi bak kata Denaihati.com.


Hendak juga aku jadi seperti Ariffshah.com,Ben Ashaari,Joegrimjow,Hamzah Ian,Kak Kujie dan banyak lagi yang mempunyai identiti dan keistimewaan masing-masing.


Mungkin aku harus menyelongkar apa yang ada didalam diri aku ini supaya bakat terpendam ini diasah menjadi lebih tajam. 

Setakat ini sahajalah. Kata orang " Banyak membaca,luas pemandangan". 

Mungkin hari ini aku begini. Mungkin 10 tahun lagi aku berbeza. 

Doakan aku. InsyaAllah.

Nota: Sasaran aku sekarang, hendak dapatkan domain untuk blog ini. Mungkin domain http://www.abemirul.com. Anda rasa bagus tak? Nak beli hosting,belum mampu. Ada yang sudi menaja? Tidak dilupakan kepada blogger Terbang Tinggi - Tinggi,yang memberikan maklumat tentang domain tadi. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan.

10 comments

semangat berkobar kobar , heee . teruskan Abey , teruskan .

penulisan berubah mengikut kematangan kita :-)

umm. yang penting orang kata nak berblogging ni kena ikhlas. dari keikhlasan tu akan mendatangkan kepuasan. ecehh! hehe :P

ni pun da ada identiti sendiri ni..nampak gaya bahasa lain dari lain..hehehe...

Yeah! Terima kasih! Hehe. :D

BEtul tu Puan Intan. Kena buang sikap kanak2 lepas ni. :)

Wah! Semangat gitu2.. Terima kasih!

Ya! Apabila ikhlas kita akan gembira.. Kesimpulannya? berblogging lah sampai puas. Hehe. :)

Identiti sekarang ni berbeza2. Hari ni lain esok lain.

Hurm, lain dari yg lain? Saya kena perbaiki lagi ni. :D


EmoticonEmoticon