4 Buku Yang Pelajar Harus Miliki!

Hai! Assalaaaamualaikum. * sebut macam IniAnwarhadi.

Apa khabar adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang? Sihat belake ye? Macam mana puasa? Ok tak? Jangan bukak periuk pagi-pagi ni. Nanti kena sekeh dengan mak. 

Baiklah. 

Pada kali ini, Abe Mirul akan berkongsi dengan korang 4 buku yang korang kena ada.Pasai apa kena ada? Pasal kita ni masih bergelar pelajar. Maka, kalau kita nak berjaya. Kita kena apa? Yaa! Betul tu. Kenaaa....membaca. Membaca itu apa? Membaca tu ibarat membuka buku dan membaca lah. Apa daaa... Haha. Selalunya,buku yang membaca kita. Sememangnya, itulah yang terjadi. Hehe!

Jadi, 4 buku yang harus pelajar ada ialah...



Yang pertama.

1. Langit Ilahi - penulis, Hilal Asyraf.


Buku Langit Ilahi karangan Hilal Asyaf yang berharga RM21.00 ini sangat bermakna buat Abe Mirul kerana taktala Abe Mirul rasa jatuh(down) dan kosong...kosong..ooOooo... Ia memberi motivasi,bukan motibasi ye adik-adik. Tetapi motivasi yang sedikit sebanyak buat Abe Mirul ini insaf dan rasa bersemangat. Nak beli terus dari Langit Ilahi Store pun boleh. Tapi sudah tentu la, Al-quran sebaik-sebaik petunjuk!

 Yang kedua.

2. Khalifah Umar Abdul Aziz " Bayangan Khalifah al- Rasyidin - penulis,Abdul Latip Talib.


Apa yang dapat Abe Mirul gambarkan kat korang adalah buku ni menarik,tertarik,kebaboom! Jalan cerita Novel Umar Abdul Aziz ini sangat hebat sehingga membuatkan korang terasa berada di zamannya. Beliau memimpin negara selama 2 tahun lebih namun mampu memberi yang terbaik untuk rakyat jelata. Tak makan rasuah,hidup sederhana dan merendah diri. Maka, kita kena contohilah sifat kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sekiranya mahu mengganti dan menggalas tugas yang dipegang oleh Datuk Seri Najib. Harganya, RM24.00. OK? Next!!!!

Yang ketiga.

3. 101 Adab Dan Petua Kecemerlangan Pelajar - Siti Nor Bahyah Mahamood,Zahazan Mohamed,Mahfuzah Omar.


Yaa! Sebagai pelajar, kita kena beradab dalam menuntut ilmu. Kita tak boleh nak biadap dengan cikgu, menumbuk cikgu,menikam buku kawan, hempas beg masa bertengkar dengan mak bapak. Kurang ajar,tidur dalam kelas. Apa lagi yang korang biasa buat? Mengorat? Haha. Maka, dalam buku ni ada tip pengurusan masa,tip hafal fakta,tip hari peperiksaan,rahsia kuat ingatan,doa apabila terlupa dan kaifiat solat hajat. Nak tahu tak? Yg bagusnya buku ni,ditulis oleh Ustaz dan Ustazah. Harganya,RM16.90  Next!!!

Yang ke-empat.

4. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W - Zulkarnain Dollah.


Sebagai umat Islam,kita haruslah mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W. Baginda seorang yang hebat dan bijaksana. Masih ingat tak peristiwa ketika perletakan batu Hajarul Aswad yang menjadi pertelingkahan ketua-ketua kabilah,siapa yg layak utk letak batu tu di Kaabah? Masih ingat cara Rasulullah saw? Tak ingat? Mohon baca buku agama banyak-banyak. Hehe!

Dengan buku yang berharga RM4.00 Malaysia ini, sedikit banyak kita boleh contohi apa yang Rasulullah saw buat. Tak rugi bukan? Pahala dapat,keberkatan dapat. Ilmu pun dapat.

Akhir nur khalam, sesungguhnya kita mengetahui bahawa membaca jambatan ilmu. Hari ini, ramai yang malas membaca buku-buku berilmiah tapi sibuk membaca Mangga dan hiburan. Kita boleh beli benda lain kenapa tidak buku?Oleh itu, buat masa laaaaaaaaaaaaani kita sibukkan diri kita dengan ilmu. Kalau dah tua nanti, berak orang basuh, makan orang suap, dah tak larat dan nikmat ditarik. Takda makna dah masa tu. Ok? Renung-renungkan,selamat beramal!!!

Bicara hati : Aku pun belum habis baca lagi. Hahaha! Oh ya,mohon jangan muntah dengan gambar berspek mata hitam, Abe Mirul sakit mata tau. Nak mintak MC 5 hari, tak dapat kot.. Huukk..uukk... awww.....

9 comments

Hari ini, ramai yang malas membaca buku-buku berilmiah tapi sibuk membaca Mangga dan hiburan. Kita boleh beli benda lain kenapa tidak buku?

<---- budak ni tak suka baca buku ;p

Ni mesti suka tidur dalam kelas,kan? kan? Haha. :p

yg first tu ika teringin nak beli ^^

yang last tu menarik..
dah lama x beli buku..

aku ada nampak yg 1st tu
tapi tak tergerak hati lagi nak beli
dah ko kata best mungkin akan cuba melihat buat kali ke-2 :-)

dah baca yang 1 tu :) bagus bagusss

wah bagusnya! thanks for dat info!
nak grab satu! (:

alamak .. kureng sikit bab2 baca bukut tebal2 nih . tp tp! kalau betul buku tu menarik , insyaallah :)


EmoticonEmoticon