Assalamualaikum wbt.
Sedar atau tidak, masa kian berlalu. Sekarang,dunia sudah memasuki bulan Oktober. Banyak kisah yang hendak aku kongsikan disini. Betapa lamanya aku membiarkan blog ini bersawang. Tentu saja cicak ketawa menggilai melepaskan tahinya,tentu saja labah-labah riang tertawa membuat sarangnya dan tentu saja itik bertelur lagi.
Bulan-bulan yang berlalu begitu banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Hari ini,aku perlu tekad untuk menerajui kehidupan mendatang.
Menghadapi Peperiksaan STPM
Bulan November semakin menghampiri. Debarannya usah dicerita. Tetapi ketahuilah akan pepatah ini, " Hero tok gadduh.". Maknanya, sukar diungkap. Haha. Hero selalunya akan menjadi kuat di saat akhir setelah melihat aweksnya dikasari oleh penjahat,kan? Begitulah aku.
Tetapi, aku harus sedar " Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga". Diriku ibarat hidup segan mati tak mahu. Peperiksaan ini amat penting kerana pointer pada penggal pertama ini menentukan pointer pada penggal ke 2 dan ke 3. Mohon doakan aku dalam rindu.
Misi Kuruskan Badan
Aku rasa,itik dan arnab kat rumah aku pun dah meluat duk dengar aku bercerita tentang misi kuruskan badan. Aku pun dah naik muak dah. Tak kurus-kurus jugak sampai ke lani.
Iya lah. Sejak dulu lagi nyah. Tetapi apa hasilnya? Aku tewas pada Nasi Beriani Ayam,tersungkur melihat Sup Perut,rebah terguling melihat aiskrim dan tergetar-getar melihat lauk pauk yg sedap.
Benda ni ibarat kau jumpa aweks yang cun,tipulah kalau kau tak terliur ataupun kau gay? Hahaha!
Teringat pula stail lama seorang kawan mengorat perempuan. Tengah jalan-jalan dengan member lepas tu ada awek lalu. Sambil lalu berselisih dengan awek.
" Peeewittt! Nombor mintak lok."
Lepas tu,buat-buat bercakap dengan kawan. Haha! - susah gila aku nak terangkan situasinya. Mohon korang faham.
Tetapi bulan ini , aku tekad untuk berdiet dan bersenam.mAku selalu motivasikan diri agar semangat tak mudah lentur.
Setiap kali tergoda dengan makanan. Aku sering berkata kepada perut.
" Perut, kau jangan makan. Kau kena kuruskan badan. Bila kau kurus,Neelofa pun nak kau kau."
" Perut Oh Perut! Jangan! Jangan! Ingat! Jangan biarkan hidup kau diselubungi lemak perut buncit.."
Sasaran aku tiga bulan. Aku kena turunkan berat dari 94kg kepada 80kg. Aku tak mahu nanti, bila kawen baru nak kuruskan badan. Jadi,wahai kaum lelaki. Sekiranya anda mahu hebat bergaya,hilangkan perut bencit anda dengan bersenam. Ingat! Gadis secantik Wawa Zainal pasti termimpikan anda jika anda mempunyai 6 ketul perut. Hahaha!
Dilema antara Tingkatan 6 atau Pusat Pengajian Lain.
Ayah aku sentiasa bagi dorongan dan pendapat kat aku. Beliau cakap,sekiranya aku tak dapat bawa pengajian STPM ni, lebih baik aku belajar tentang kemahiran seperti IT,Elektrik dan sebagainya. Cuma yang merunsingkan aku, aku takut aku tak mampu. Aku tak yakin dengan diri aku. Kalau korang? Korang rasa macam mana? Oh! Dalam dilema...
Jujur aku cakap, kepala aku sentiasa pening apabila membaca buku. Aku tak tahu kenapa. Mungkin jin yang berada dalam tubuh aku ni jin pemalas. Pening mak....
Jujur aku cakap, kepala aku sentiasa pening apabila membaca buku. Aku tak tahu kenapa. Mungkin jin yang berada dalam tubuh aku ni jin pemalas. Pening mak....
Begitulah sedikit sebanyak coretan aku. Mohon korang baca sampai habis dan sudi memberi pendapat. Yang baru bertandang ke sini,salam perkenalan dari Abe Mirul. Semoga korang terus sukses! Chaiyok! Chaiyok!
5 comments
good luck okey,stpm sebulan je lagi,same dgn spm..hoho (mangsa SPM :p)
Selamat berjaya gak!
SPM kacang jer.. Percayalah. Kalau sebelum ni dapat D,usaha sikit je lagi. Pasti dapat A,tiada yg mustahil punya. haha!
wahhh , lame menyepi ! hehe , fokus pokus , good luck Abe :)
Menyepi mencari semangat. Taktala ia hadir,aku terus menggapai keyboard. Menulis apa yg terbuku di hati. Menanti sahabat sepertimu,datang memberi komen. Hehe!
Terima kasih!
gudlak dalam misi menguruskan badan and exam STPM!! :D
kalau dah pening bca buku, bagus amik kemahiran.. kurang ckit baca buku.. hihihi..
EmoticonEmoticon