Tips Blogger | Tetapkan Sasaran Pembaca Anda!

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera Abe ucapkan kepada pembaca,khususnya buat blogger di Malaysia  yang comel,segak dan baik. Semoga kalian sihat sokmo.

Baiklah. Hari ini saya hendak berkongsi ilmu ataupun pendapat saya tentang ilmu@ tips blogger yang bertajuk " Tetapkan sasaran pembaca anda!" Siapa anda? Anda itu blogger lah. Walaubagaimanapun, tips ini tidak bermakna saya sudah hebat cuma sekadar berkongsi ilmu yang patut.

Baik. Dewasa ini, blogger di Malaysia tumbuh bagai cendawan yang walaupun tak hujan,tetapi naik. Namun,dalam dunia blogging ini. Matlamat,visi dan misi harus ditetapkan. Apakah tujuan anda berblog?  Untuk apa? Siapakah sasaran pembaca anda? Ha! Itu isu yang saya ingin ketengahkan.




Saudara saudari blogger sekalian,

Setiap manusia ada keistimewaannya dan kelebihannnya. Kita tak boleh jadi sebijik macam Denaihati, Kak Kujie, Ariffshah, Nisa Kay,Bro Framestone , Akubiomed , Eyriqazz dan seperti blogger lain. Kita harus jadi kita. Kenali diri anda,keupayaan anda. Barulah anda akan jadi hebat seperti mereka.

Okeh.

Siapa sasaran anda? Untuk blogger sahaja ataupun pembaca umum?

Ada orang menulis untuk pembaca sekian alam di muka bumi ini. 

Isi penulisannya lebih kemas, nampak matang, profesional dan bijak. Sasaran mereka bukan hanya di kalangan blogger sahaja tetapi untuk pengguna Google yang mencari maklumat. Sebab itu blogger ini lebih suka bermain SEO. Mereka ada cara mereka,mereka ada pengikut mereka kerana menjalin hubungan sesama blogger amat penting demi meluaskan rangkaian blog kita. Tetapi, penulisannya lebih luas. Lebih terbuka atau universal. Maka, rangkaian blog mereka juga luas. Pembaca juga ramai dan tidak terhad kepada blogger sahaja. Saya kira,inilah yang kita mahu. Kita mahu pembaca bukannya pengikut(follower) yang ramai. Sebab itu teknik berblogging ini penting.

Bagaimana pula dengan sasaran kepada blogger sahaja?

Ada juga yang lebih suka berada dalam kelompok blogger. Isi penulisannya terhad. Yang membacanyajuga blogger, hasil daripada berjalan-jalan di blog rakan. Blog mereka sekadar berlegar dalam kalangan blogger. Rangkaian blog tidak luas dan tak ramai orang tahu. Namun, blog sebegini kadang-kadang juga bagus sebab ada yang wujudkan blog sebab nak berkawan,jalin hubungan sesama blogger. Mungkin sekadar untuk kepuasan diri sendiri. Tak salah pun. Hehe!

Ramai je yang hebat dan terkenal di kalangan blogger.

Jadi, bagaimana dengan anda?

Anda mahu blog anda dikenali? 
Anda mahu blog anda ramai pembaca setia?
Anda mahu terkenal dan menjadi retis? Ahaks.

Maka, tetapkan matlamat dan sasaran anda. Luaskan rangkaian blog anda dengan berkongsi link di laman sosial,ping hasil tulisan anda di Blogr.my dan busuk.org. Tingkatkan trafik anda. Gunakan apa sahaja kelebihan dan keupayaan anda untuk promosikan blog anda kepada umum. Tak perlu takut. Tak perlu risau kerana kita adalah blogger. 

Ramai blogger yang menulis kisah peribadi atau berkisah tentang hidup mereka dikenali ramai macam Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Cik Epal serta blogger perempuan yang kiut lagi comel.

Tunggu apa lagi?

Tingkatkan mutu penulisan anda sekarang. Hasilkan sesuatu yang bermakna buat pembaca anda. Ambil peluang sebaik mungkin untuk menjadi retis. Haha.

Semoga tampalan ini bermanfaat untuk anda. Kongsikan juga pendapat anda dan tegurlah saya. Mungkin saya salah? 

5 comments

masalah utama dkna kurang keyakinan bila tengok nama2 besar dalam dunia blog..rasa diri ini cukup kerdil! sob sob sob

saya budak baru belajar dan harus ada mengajar :)

berblog dengan gembira jer
pembaca sendiri akan datang jika kita menaip dengan gembira
insyaallah :-)

Macam sedih bunyinya? Haha. Keyakinan boleh dicari. Usaha tu penting. Hehe!

Saya pun budak baru belajar,masih merangkak di alam maya. :D

Sama-sama kita belajar.

Haaa... Betul betul betul.

Apabila kita gembira,orang lain pun gembira.

Tips menarik ni,daripada orang lama. Terima kasih.

Saya menulis blog sejak 2008 namun x serius sangat....sekadar suka suka....walaupn saya sedar yg pendapatan dengan iklan cukup lumayan


EmoticonEmoticon