Semasa di dalam kelas, satu topik menarik yang timbul antara aku dan cikgu Pengajian Am.
Topik ini timbul setelah kami berbincang soal politik di Malaysia. Bercakap pasal bajet 2013 dan bonus. Entah macam mana,boleh pulak timbul isu cincin Datin Rosmah Mansor yang berharga RM24 juta. Haha!
Antara kata-kata cikgu yang aku ingat " Kan bagus kalau Datin Rosmah Mansor sumbang duitnya itu kepada rakyat daripada duk beli cincin."
" Orang benci kerajaan bukannya sebab apa tetapi sebab benda remeh. Cincin Datin Rosmah la,kapal selam lah. Sebab itu rakyat marah."
Kata aku " Tetapi sayang,pemimpin kita tak sedar cikgu. Sedih."
Lepas tu,cakap pasal duit satu juta.
" Kalau cikgu ada satu juta,cikgu berhenti kerja" kata guruku.
" Satu juta mana cukup cikgu.."
" Haaa.....melabur lah." balas cikgu.
Melabur.
Terang cikgu lagi.
" Satu juta ni,kalau labur dalam ASB,dapat 10% setahun. Cuba kira berapa dapat...? " (ke ASN? Aku tak ingat)
" Seribu cikgu!"
" Seribu? Bukan. Cuba kira guna kalkulator."
Alamak! Kantoi tak reti matematik. Haha. Aku pun terus menggapai kalkulator dalam beg aku. Macam best kira-kira duit ni. Haha.
RM1000000 x 10/100 = RM100 ribu.
" RM100 ribu cikgu. Banyaknyer."
" Haaa... cuba pulak bahagi RM100 dengan 12 bulan.."
RM100/12 = RM8 ribu sebulan.
" RM8 ribu cikgu. Memang berbaloi lah berhenti kerja jadi cikgu.." . Kami ketawa. Tersengih-sengih macam RM1 juta ni dah ada dalam tangan. Haha!
Lihatlah kalian. Kalau ada RM1 juta ni, ditambah pula dengan pelaburan yang kita buat. Makin bertambah nyah.
" Jadi, tak hairanlah kalau Datin Rosmah boleh beli cincin RM24 juta. Tambahan pula, DS Najib kerja Perdana Menteri. Anak bekas Perdana Menteri. Harta dah banyak...."
" Satu lagi cikgu, menabung sejak kecil." Haha!
Sehubungan itu, melaburlah jika korang ada satu juta. Nanti boleh beli cincin mahal wooo..
Sedekah.
Tahukah korang sedekah merupakan satu rahsia untuk jadi kaya? Kita kena ingat rezeki yang Allah swt bagi ini bukan untuk kita seorang sahaja tetapi untuk dikongsi bersama insan yang memerlukan. Niat itu penting!
Katakanlah tetiba suatu hari, ada orang bagi RM1 juta. Korang anggaplah ia sebagai ujian untuk korang. Pandai-pandai lah mengurus duit tu. Mana tahu korang ni menjadi penghubung antara insan-insan yg memerlukan?
Tetapi jangan pula daripada RM1 juta,derma seringgit. Apa barang bang? Kalau belanja awek pun,paling sikit pun RM100. Itu baru bab makan. Belum lagi bab spender,bra,kasut,baju,telefon,tilam,katil dan kena paw dengan awek. Mahu habis RM100 ribu dalam masa sebulan.
Oleh hal yang demikian,jangan bagitahu awek jika korang ada duit banyak. Haha!
Utamakan ibubapa dan keluarga.
Seperti yang aku cakap, rezeki yang kita dapat ni penghubung rezeki kita dengan orang lain. Sebab itu,selagi kita mampu kita bantulah insan yang paling banyak berjasa kat kita sejak kecil.
Dapat RM1juta,bawa mak ayah pi haji. Bawa adik beradik sekali. Kalau rasa tak cukup, bawa keluarga mak ayah. Datuk,nenek,mak sedara,pakcik,makcik,cucu,jiran-jiran dan semua nasab keturunan pergi Haji. Tak salah kan? Sebab redha Allah yang kita damba.
Membayar hutang.
Tahukah kalian hutang walaupun tak dituntut ,kita wajip bayar. Jadi,yang belum bayar PTPTN, sila buat bayaran sekarang. Kalau tak bayar,payah nak lepas di alam kubur. Mak hang,pak hang takkan jawap untuk hang.
Dah ada duit,cepat-cepat selesaikan hutang. Tambahan pula, kerajaan sekarang memberikan diskaun sebanyak 20% untuk mereka yang membayar hutang PTPTN sekaligus.
Maka,dengan duit RM1 juta ini. Ia membantu korang. Sangat membantu. Haha. (rasa nak gelak je)
Beli tanah dan rumah.
Bagi aku, tanah dan rumah amat penting. Sudah la tanah dan harga rumah semakin meningkat. Aku tak tahulah nanti pada zaman aku,selepas 2020 aku mampu ke tak beli rumah. Semua barang meningkat. Anak bini semakin bertambah.
Sehubungan itu,utamakan rumah sebagai tempat perlindungan.
Kahwin.
Alasan yang paling popular kot zaman sekarang ialah :
" Susah la nak kawen,hantaran tinggi sangat.."
" Pak mertua lani semuanya nak yang kaya-kaya.."
" Perempuan zaman sekarang memilih,duit penting..."
Tetapi korang kena ingat,korang ada RM1 juta sekarang ni. Korang bagitahu je pak mertua dengan mak mertua nilai wang yang korang ada. Sudah tentu bapak kepada Neelofa dan Wawa Zainal bersetuju!
Tunggu apa lagi? Kawen la dari duk buat maksiat tepi-tepi taman. Duk raba sana sini. Apa barang? Buat kat tilam yang empuk lagi selesa bhai!
Penatnya menulis.
Sebenarnya banyak benda yang boleh dibuat dengan duit RM1 juta. Aku rasa korang sendiri pun tahu. Cuba korang kira nilai barangan yang korang miliki sekarang. Cukup tak satu juta?
Maksud aku,nilai rumah + nilai kereta+harta benda korang tanpa korang kira hutang yang perlu dibayar. Aku rasa lebih RM1 juta.
Persoalannya,siapa nak bagi RM1 juta ni? Mimpi lah. Lainlah kalau kita usaha. Man jadda wajada waman zaraa hasada!
4 comments
kan? sapa yg nk bg 1juta?
HAHAHA
klu ak dapat 1juta, 1st ak nk byr suma hutang dlu..
tlg family ak byq hutang jgk, especially mak ayah laaa..
wuwuwu
Kalau saya ada 1 juta nak kawin awek lubnan lah .
Kerja sampai mati pun kalau makan gaji je tak akan sampai duit RM1 juta tu..huhu
*Jom join segmen:
http://elihjapaharkini.blogspot.com/2012/10/segmen-pencarian-bloglist-elih-japahar.html
setuju dgn pendapat Elih Japahar :)
EmoticonEmoticon