Edisi Pilihan: Makan Kat Luar atau Masak Di Rumah?


Assalamualaikum wbt.

Sekarang ni, kos untuk makan di luar adalah sangat mahal. Mungkin sesetengah ada yang murah,sedap serta berbaloi. Tetapi ada juga kedai makan yang mahal tetapi tidak berbaloi. Ada juga mencekik darah pelanggang. Pelbagai kerenah dan ragam kita boleh jumpa.

Yang menjadi mangsa adalah kita yang hidup dalam penuh kesempitan.

Jadi, edisi pilihan hari ini membawakan topik.

Makan Kat Luar atau Masak di Rumah.


Sebagainya orang bujang, mereka selalu memilih untuk makan di luar berbanding memasak di rumah. Hal ini adalah kerana makan di luar lebih senang, boleh lepak sampai pagi, boleh menonton bola dan cuci mata tengok perempuan? Ada ea? Haha.

Kalau memasak di rumah. Mungkin agak leceh sedikit. 


Kalau di rumah, yang paling jimat dan efisen adalah Maggi. Itupun, hujung-hujung bulan. Abe pernah makan lempeng je masa hujung-hujung bulan. Duit tak ada. Tepung gandum je mampu beli. Haha. Maka, gaul dengar air, telur sikit. Buat lempeng. Makan dengan gula. Ajak kawan-kawan sekali. Haha.


Jadi, pilihan anda yang mana satu? Suka makan di luar atau memasak di rumah? Atau kedua-keduanya sekali? 

Kalau Abe, Abe suka memasak. Kadang-kadang makan jugak di kedai tetapi tidaklah selalu. Namun, memasak sendiri itu keutamaan Abe. Sebab keseronokan memasak sendiri ini mengatasi rasa makanan. Tak sedap tak apa, janji puas hati,kan?

Nota: Jangan lupa Perlawanan Bola Sepak Final Kelantan vs Pahang pada 3 November 2013. Siaran lansung di TV1 bermula pada jam 8.45 malam. :)

Abe Mirul.
31 Oktober 2013


EmoticonEmoticon