Stesen Bas Baru Bandar Tanah Merah Sedang Dibina?


Assalamualaikum wbt.

Selamat pagi. Pagi ni ambe ada urusan sikit di bandar. Nak ambil order kek yang ambe tempah daripada Kak Norhasmaliza. Kalau ada sesiapa yang hendak beli kek cheese ni. Boleh la berurusan di facebook kak Norhasmaliza sendiri. Murah sahaja. Yang kecil harga RM6. Yg besar, RM20.

Jadi, Abe dah stanby dah kamera nak ambil gambar Stesen Bas Tanah Merah yang penuh kontroversi ni. Ya la kan, siap masuk akhbar. Yang mana stesen bas dalam kontena. Hish,hish,hish.





Abe tak tahulah samaada yang sedang dibina ini untuk stesen bas ataupun untuk persendirian tetapi tapak pun dekat Stesen Bas Tanah Merah. Jalan hendak masuk daaa. Mungkin tempat pembelian tiket kot.



Ha! Beginilah keadaan Stesen Bas Tanah Merah. Sangat dhaif, kalau tempat dulu. Agak selesa sedikit. Nak buat macam mana, inilah nasib kita. Haha.




Baiklah. Gambar di atas pula kemungkinan tempat menunggu. Apapun, keluasannya lebih kecil berbanding dengan Stesen Bas yang dahulu.

Akhir kata, adakah tapak Stesen Bas yang ada sekarang ini tapak kekal?

Bagi Abe, kawasan tapak ini agak tidak sesuai kerana berada di tepi selekoh. Boleh menimbulkan kesesakan waktu kemuncak. Namun,tidaklah ketara sangat.

Apapun, alhamdulillah. Stesen Bas yang baru ini diberi nafas setelah bergelumang dalam kontena dan khemah kecil. Walaupun nafasnya tidaklah banyak, tetapi lebih baik ada daripada tiada,kan?

Semoga perkhidmatan awam untuk rakyat diperkemaskan lagi. Apa gunanya bangunan tinggi sana tinggi sini jika hanya untuk orang kaya sedangkan rakyat menderita dalam kesempitan. Tersepit antara gajah dan harimau?  Tak gitu?

Persoalannya: Dimanakah peranan pihak berwajib demi memastikan perhidmatan awam berjalan dengan lancar?

Maaf, banyak typo. 

Abe Mirul,
Laporan semasa Stesen Bas Tanah Merah,Kelantan.
22 Oktober 2013.
Berkhidmat untuk Agama.

1 comments so far

Sek kito tuh pakak like la belako deh. Baru kemah sokong gu kelate. Ni lah stesen baru. Dekat dengan padang bola, tepi tasik ke tepi sungai.

Harap dok sesat la deh. :)


EmoticonEmoticon