Apa Jadah Harga Tol Naik 50 Sen Sehingga RM2 Bermula 1 Januari 2014?


Tahukah korang bahawanya 15 lebuhraya yang kebanyakannya berada di dalam bandar Kuala Lumpur akan menaikkan kadar tol sebanyak 50 sen sehingga RM2 bermula 1 Januari 2014?

Kalau kerajaan tak bagi lulus kenaikan kadar tol ini , pihak kerajaan kena  bayar sebanyak RM400 juta kepada konsensi tol terbabit sebagai ganti rugi.

Sebelum itu, menteri yang bijak lagi pandai dalam kerajaan. iaitu Abdul Wahid Omar. Seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri  menyarankan agar pengguna jalan raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak mahu membayar tol.

Wow! Ini satu tindakan bijak. Jika tidak suka bayar tol, korang pilih jalan lain yang tiada tol. Cadangan gua, korang pergi kerja pakai basikal atau jalan kaki ataupun tempah tiket kapal terbang.  

Harini, gua istiharkan bahawasanya Dato Seri Najib Tun Razak adalah Bapak Transformasi Harga Murah Kepada Harga Mahal.

Apa pula pendapat korang?

Salam 1Melayu!!

Sumber ni rasanya daripada akhbar kot. Betul ke tidak ni? Naya lah.

Klik Punca Kenaikan Harga Tol untuk tahu sebab-sebabnya. 


EmoticonEmoticon