Sinopsis Drama Ariana Rose


Drama Playboy Itu Suami Aku bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi, dah bakal digantikan dengan drama ARIANA ROSE sebuah lagi karya yang diadaptasi dari novel terlaris berjudul The Wedding Breaker nukilan Evelyn Rose.

Ariana Rose mendapat sentuhan pengarah yang tidak asing lagi iaitu Raja Ahmad Alaudin dan menampilkan Nur Fathia dan Keith Foo sebagai teraju utama serta dibantu oleh Nabila Huda, Tasha Shilla, Wan Sharmila, Arja Lee, Liza Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Datin Ziela Jalil, dan ramai lagi.

Saya cari video trailer drama Ariana Rose tak jumpa kot. 


Drama Ariana Rose yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker ini akan bersiaran di Slot Akasia TV3 mulai 31 Disember 2013. Drama ini mempunyai 28 episod dan akan disiarkan dalam slot Akasi TV3. 

Pelakon utamanya adalah Keith Foo (Tengku Adam Kamil) dan Nur Fathia (Ariana Rose) serta dibantu oleh Arja Lee (Ramzul), Nabila Huda (Liyana), Syatilla Melvin (Sophie), Harith (Hisyam Hamid), Ziela Jalil (Datin Asra), Tasha Shilla ( Tengku Juwita).

SINOPSIS DRAMA ARIANA ROSE :

Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal .

Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengku Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil.

Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi “drama queen” dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuanTengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa, setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku.

Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka – sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penymbang besar bagi dana kebajikan . Dari situlah pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz ,Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. – Sumber : http://www.dfm2u.com

Ulasan:

Nampak drama Playboy itu Suamiku yang tidak menarik dan pelakonnya kaku itu akan tamat jua. Harap-haraplah produksi drama atau filem Malaysia mengeluarkan drama atau filem yang berkuaiti dan bagus. Bukan tangkap muat seperti sekarang.

Kalau anda perasan, pelakon lama seolah-olah tenggelama dek pelakon baru. Walaupun, pelakon baru tak reti berlakon.

Tapi aku tak kesah pun, bukan aku layan pun drama ni.

2 comments

Faberet novel aku ni.. Huhu.. Tp hero cm xbest je..

Trailer tak keluar lagi setakat semalam. Tapi opening montage dah ada.

Tarikh siaran 30 Disember (Isnin)


EmoticonEmoticon