Mengubahsuai/Mengedit Blog Di Pagi Hari




Sejak kebelakangan ini, aku rasa macam susah sangat-sangat nak tidur. Mata tak boleh lelap. Siapa ada ubat atau petua nak tidur cepat ni? Seksa gak kalau hari-hari macam ni. Bertuah kan orang yang ada bini? Boleh tolong urutkan sampai tertido di atas peha. Haha!


Sementara menanti diri ini terlelap. Aku duk tercongok di hadapan laptop sambil menyilangkan kaki. Lidah masih terasa sakit,kes masa memasak hari tu. ( Kalau aku cerita pasal lidah kan, panjang pulak kisah ni. Haha!) Sambil-sambil melayari laman sosial MukaBuku. Aku bukak photoshop.


Seminit.

Dua minit.

Tiga minit.

4 minit.

Setengah jam berlalu.

Jeng! Jeng! Jeng! Idea muncul dalam minda aku. Punya lah lama proses mencari idea ni walaupun sebenarnya tak la susah sangat. Haha! Apabila aku duk godek-godek. Sekejap tenyeh mata kiri. Sekejap tenyeh mata kanan. Kedudukan badan asyik beralih-alih. Almaklumlah. Bilik aku tiada meja khas macam korang. Boleh duduk atas kerusi empuk sambil melayari laman sosial dengan senyum kambingnya dan mendengar lagu Justin Bibir.

" Babeh...babeh..babeh!! OOowwhh yeah..!"  - Justin Bibir. 

Untung korang!


Lupakan pasal Justin korang. Baiklah. Setelah seberapa lama menanti. Maka,inilah hasilnya. Header dan warna blog yang baru. Apa macam?



Sebenarnya, aku takda la pandai sangat bab mengubahsuai ni. Aku cuma pandai sikit-sikit ja. Sebenarnya,aku ni jenis yang tak puas. Rasa macam kurang. Aku ubah! Rasa macam tak berubah! Aku kurang la tu! Haha! (serius,tak lawak la kau, Abey! Booo!)

Jadi, takdak apa dah aku nak kata. Hampa semua godek-godek la ye. Kalau rasa ada yang kurang, sila sampaikan dengan rela hati. Oh ya! Jika ternampak wajah seorang jejaka di header,hampa buat tak tahu ja la. Pandang aiskrim tu ka. Aiskirm sedemikian rupa jarang nak ditemui tau! Orang puteh kata " This is rare!!!!" Grrrrrrrrrrrrrrrrrr! Haha!

Kalau rasa nak blog yang ringkas macam Abey punya. Sila emailkan ke amirizzat[dot]ai[at]gmail[dot]com.  Kalau Abey layan. ( Boooo! Haha)


Nota kaki: Kenapa aku ni perasan sangat yang aku ada pembaca? Cakap sorang diri pun jadi lah. Hahaha!

2 comments

Nampak best je eskrem tu :) Best la pandai guna photoshop .

Wah! Murah ja aiskrim ni. 50sen. Sila cari dikedai berdekatan. Kalau ada. Haha!

Hurm,pandai sikit-sikit ja.Belum pandai lg. :)


EmoticonEmoticon