Assalamualaikum wbt.
Hari ini, Abey ada cerita sensasi sikit. Entah kenapa perkara ini muncul dalam benak fikiran abey. Mungkin kerana terlalu memikirkan perangai bakal isteri kelak.
Iya la kan. Cuba tanya mana-mana lelaki kat Malaysia ni, dia risau dak siapa bakal isteri dia? Bagaimana perangainya? Bagaimana rupa parasnya? Tetapi kalau dia tak risau, memang HARAM JADDAH bak kata Perdana Menteri kita.
Ceritanya bermula begini.
Pada suatu hari, ada seorang jejaka kacak bernama Abey Mirul jalan-jalan di ibu kota. Sambil jalan-jalan sambil jeling-jeling aweks-aweks cun yang meruntun jiwa. Orang KI EL (KL) cakap ushar cikaro bai! Haha!
Sambil menyelam sambil minum air. Tambah-tambah lagi perisa oren. Tak gitu adik kakak?
Tetapi, yang menghairankan jejaka ini adalah fesyen budak-budak (tak matang) perempuan zaman sekarang.
Ada yang pakai tudung tapi nampak rambut.
Ada yang pakai seluar tetapi nampak rama-rama. (kesian rama-rama tu,asyik terkepit je.)
Ada yang pakai baju nampak bonjol.
Ada yang pakai g-string,nampak terang-terang la bai! Haha!
Ada yang menganggap diri dah tutup aurat tetapi aurat kaki tak tutup.
Ada yang dedah semua,katanya panas duduk dekat Malaysia.
Ada yang mengada-mengada. HOho!
" Seumpama..rama-rama. Terbang bebas di udara tanpa ada halangan. Aman damai.." terkenang pulak lagu nyanyian ratu rock Malaysia,Ella.
Jadi,hendak tanya la. Kenapa budak-budak perempuan ni berpakaian sampai sedemikian?
Kenapa dan kenapa dan kenapa?
Teringat pulak lagu nyanyian sapa entah.
" Kenapa harus ku begini..kenapa ku percaya..."
Tak kisah la apa jawapan anda tetapi yang merisaukan Abey adalah Abey ada adik-adik perempuan. Abey risau mereka akan terpengaruh dengan fesyen-fesyen lagha sebegini. Adik Abey sorang tu suka pakai shawl. Itu pun Abey tak suka. Pakai tudung bawal lagi bagus..
Setakat itu je la soalan Abey.
Namun, awak semua kena ingat bahawa Allah swt Maha Pengasih. Allah swt sangat sayang kat hambanya,maka awak boleh lah bertaubat dengan solat taubat selepas baca entri saya. Boleh kan?
Niat solat sunat taubat
Niat solat sunat taubat
" Sahaja aku solat sunat taubat, 2 rakaat kerana Allah taala"
Mudah kan?
Oh ya,tahu tak siapa aweks-aweks cun yang Abey jeling-jeling tu? Itulah dia,mereka yang bertudung dan menutup aurat serta berhijab. Nampak cantik sangat-sangat. Tambah-tambah lagi,pakai baju kurung.
" Perempuan yang menutup aurat lebih seksi daripada perempuan yang membuka aurat "- seksi itu subjektif,bukak aurat itu objektif syaitonirrajim.
1 comments so far
Terbaik entri ni. Indah bahasa melayu dituturnya.
EmoticonEmoticon