Siapakah Abe Mirul?


Blog Abe Mirul | Peribadi | Infomasi Untuk Remaja.

Blog Abe Mirul ialah sebuah blog peribadi dan juga infomasi untuk remaja. Segala perkongsian tentang gaya hidup, pakaian, pendidikan,isu semasa, agama dan blogger dalam skop remaja serta peribadi akan dikongsikan bersama.

Remaja adalah pemangkin negara. Maka, remaja haruslah didedahkan dengan kehidupan yang sihat dan bermanfaat.

Bismillah.

Siapakah Abe Mirul?


Namaku  Amirull Izzat. Dilahirkan di  Kelantan Darul Naim. Masih bujang. 



Sejak bilakah berjinak dengan blog?


Aku mula mengenali blog pada tahun 2008, seiring dengan kemajuan apabila Facebook menjadi terkenal ketika itu. Namun, aku hanya aktif bermula akhir tahun 2009 sehingga tahun 2011. Pada 2012 hingga 2013, fokusku pada dunia blog ini terganggu dek beberapa masalah yang membantutku untuk meneruskan minatku dalam bidang penulisan ini.


Blogku yg pertama ialah Amir Izzat. Pelbagai suka duka yang aku lalu ketika berada dalam pentas ini. Namun, dunia blog ini menghubungkan aku dengan dunia luar dan pelbagai ragam manusia serta kawan-kawan yang jauh dimata tetapi dekat di tulisan. Kami bloggger tidak pernah bersua muka namun hanya berbalas-balas komen. Itulah manisnya.


Misi 


Pada kali ini, misi aku hanyalah santai. Ingin meluangkan masa untuk menulis seperti dulu. Sekurang-sekurangnya ada faedah daripada membuang masa sahaja.Aku cuba untuk menjadi penulis yang baik. Tetapi percayalah, jadi diri anda sendiri.


Apapun, setakat ini sahaja. Semoga kalian dan aku bermesra di blog yang serba kekurangan ini.

Sekian, terima kasih.


Abe Mirul, 19 Oktober 2013.


EmoticonEmoticon