Cara Mohon Permohonan BRIM 2014 | Dibuka 23 Disember Ini Hingga 31 Januari 2014

Mohon brim januari 2014, Cara Mohon Permohonan BRIM 2014, Permohonan BRIM 2014 dibuka, Mohon BRIM, cara mohon brim, mohon brim januari 2014

"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Untuk pemohon baru , anda boleh mohon secara talian ataupun isi borang bermula 23 Disember 2013 ini.
Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.
Untuk dapatkan borang permohon itu, boleh rujuk LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember 2013 ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Sila ingat nomber berkenaan.
Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300. 
Selain itu, caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650. - Bernama, 17 Disember, 2013.
Cuma hendak kami katakan bahawa BRIM 2014 ini perlu ditukar demi ekonomi rakyat. Mohon brim januari 2014 ini tidak lah sukar mana,kot.

2 comments

Thanks for the info.. Lepas ni bole la apply :)


EmoticonEmoticon