Jangan Bodohkan Diri Anda - Hujan Salji Di Mesir 2013 Bukan Tanda Kiamat



Jangan Bodohkan Diri Anda. Hujan Salji Bukan Tanda Kiamat!! 

" Anda..!! Ya, anda. Tolong jangan membodohkan diri sendiri.

Tolonglah jangan cepat sangat percaya dengan penyebaran benda-benda karut yang tiada sandaran dalil. Sekarang tengah tersebar pasal salji kat Mesir, pastu ada seseorang yang bebal quote hadis dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda apabila hari hampir kiamat, tanah Arab akan subur dan dialiri sungai.

Hadis tu ada, sahih, tapi yang pi kaitkan dengan kejadian salji kat Mesir tu buat apa? Alasan si bebal tu, nanti salji cair, jadilah ia sungai, dan tanah Mesir jadi subur. Itulah tanda kiamat. aaaaaaa...!! Hang bodo ka? Sungai Nil kat Mesir tu dah berjuta-juta tahun kat situ diamnya, Mesir tu tak subur ka? tak blaja geografi ka?

Paling bodoh lagi, di akhir mesej tu, tertulis "Nabi berkata barangsiapa menyebarkan perkara ini, akan ditetapkan syurga bagi dirinya". Cantik, ko sebenarnya dah siapkan tempat ko di neraka, sebab dah berdusta atas nama Nabi. Amacam? Terasa buduh tak? Sila terasa. Memang bagi ayat pedas sebab nak bagi terasa pun.

Tambahan: Mesir tu dikaji oleh saintis bahawa ia pernah bersalji 112 tahun lepas dan 225 tahun lepas, jadi lebih kurang 100 tahun sekali, Mesir akan bersalji. Kalau nak kaitkan salji di Mesir dengan kiamat, dah lama dah kiamat, dan dah banyak kali dah kiamat. Camtu ka? Amacam, makin terasa buduh tak?
Hujan Salji Di Mesir 2013 Bukan Tanda Kiamat
Masa depan, apa yang akan berlaku di hari akan datang, SEMUANYA termasuk dalam perkara ghaib yang HANYA ALLAH SAHAJA MENGETAHUI. Kita nak cerita pasal masa akhir zaman ni, hanya kena berpandukan hadis-hadis Nabi dan Al-Quran sahaja. Hadis Nabi tu plak kenalah ikut huraian yang ditafsirkan oleh ulama. Bukan ikut kepala hotak hang sendiri.

Yang kepala otak dia berpikiran "Mesir salji, nanti salji cair jadi sungai, eh, nampak macam "kena" dengan hadis ni lah, buat status ah, pastu aku tulis Nabi kata wajib sebarkan kat ending". Anda lah Tersangat Bodoh. SEKIAN.

Kepada yang terasa dan rasa saya kurang ajar, mohon buka profile pic saya yang sedang saya guna sekarang dan hayati maksud gambar tu.

Ustaz Azhar Idrus ulas pasal salji di Mesir ni: "Salji di Mesir bukan tanda kiamat, sebab tak ada hadis-hadis yang boleh dikaitkan dengan salji sebagai tanda kiamat, melainkan hadis nabi berkata kamu ikutlah dia (Imam Mahdi/kumpulan panji hitam) walaupun terpaksa merangkak atas salji. Salji di Mesir adalah satu rahmat." - facebook saudara Syafik Hassan. "

--------------------------------------------------------------------------
Hujan Salji Di Mesir 2013 Bukan Tanda Kiamat
Ulasan pemilik blog Abe Mirul:

Kita bukanlah menidakkan tanda-tanda kiamat ini cuma janganlah sampai berdusta begitu atas nama Nabi saw. Hadis Nabi saw ni bukan senang nak faham. Ini ingat Salji turun kat Mesir, udah khabar kat orang lain macam-macam. Sekurang-kurangnya tanyalah orang alim. Tak gitu?

Katanya Saudara Syafik Hassan lagi.

" Disebabkan ramai sangat minat pasal bab hari kiamat dan akhir zaman, maka saya akan mula share di wall saya setiap hari 1 hadis tentang peristiwa akhir zaman dan tanda-tanda kiamat, HANYA dari kitab-kitab yang diyakini kesahihannya, iaitu Kitab 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman karangan Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki dan Kitab Kiamat Sudah Dekat karangan Syeikh Mahir Ash-Shufi (Pensyarah Universiti Emeriah Arab Bersatu).

Ianya sebagai perkongsian sihat kepada sahabat-sahabat semua tentang akhir zaman dan tanda kiamat, berpandukan hadis yang diyakini dan bukan dongengan, rekaan, ciptaan, mahupun hoax serta kekarutan. InsyaAllah, saya akan post setiap hari (jika tiada aral) selepas isyak.

p/s: adapun, ianya hanya sekadar perkongsian. untuk sebarang pertanyaan lanjut atau kurang faham, atau nak mendalami kitab, adalah terlebih baik rujuk pada guru-guru yang murysid dan bertalaqqi di madrasah/pondok."

Penafian: Kami hanyalah berkongsi pandangan saudara Syafik Hassan. Tuan-tuan semua boleh cari di facebook nama beliau ataupun merujuk orang alim akan Salji di Mesir 2013. Artikel ini bukanlah bererti riak walaupun kiamat belum datang. Tetapi, jika anda membaca tulisan di atas. Ada yang berdusta atas nama Nabi Muhammad saw? Bukankah ia dilarang?

Kesimpulannya macam ni.

Saudara Syafik ni nak kata bahawasanya janganlah kita berdusta atas nama Nabi saw dan sebar benda-benda yang bukan sahih. Orang kata, semak dulu berita kita. Mungkin bahasa agak kasar. Saya  mintak maaf.

Renung renungkanlah. Pandangan anda amat kami perlukan. 

Abe Mirul.
Hujan Salji Di Mesir 2013 Bukan Tanda Kiamat

2 comments

kiamat tu, rahsia Allah..
takkan nak tunggu tanda2 besar baru nak taubat.. bermulalah dari sekarang, di saat ini, detik ini..
itu yang penting.. dan itu yang Allah s.w.t mahukan dari hamba-hambanya..

nice sharing . alhamdulillah . harap semua pihak dapat membuka mata seluasnya (:


EmoticonEmoticon