Persoalan ini timbul kerana aku perasan setiap kali berjalan-jalan atau ronda-ronda. Pasti akan kelihatan wanita-wanita mengusung beg yang besar.
Agak-agak korang, kenapa ea?
Untuk mengupas isu ini, Abe Mirul ada bertanya kepada cik puan dan cik kak yang berjantina perempuan. Mereka yg dua alam, keluar daripada senarai.
Jadi, berdasarkan info yang aku dapat ni. Baru aku tahu realiti yang sebenar. Kadang-kadang indah di mata tapi tak indah di hati.
Peringkat pertama: Sebelum Khawin.
Perempuan kalau sebelum khawin. Bukan main cantik lagi. Bukan main berfesyen lagi Beg pula macam-macam jenis. Pakaian pula pelbagai corak. Kasut pula pelbagai bentuk. Rambut pula pelbagai fesyen. Kuku pula pelbagai warna.
Tapi, rupa-rupanya perempuan yang belum khawin takda la suka sangat bawa beg tangan yang besar gedabak. Kata blogger Gadis Terbilang.
" Kadang-kadang bawak beg besar sebab ada orang tumpang letak barang je. Especially kalau tengok wayang.."
Haha! Tergelak aku baca. Betul ke wahai cik perempuan?
Kata Kak Hanis Aleeya.
" tak minat pun nk bawak beg tangan besar2 ni. kalau ikut zaman anak dara jalan g memana bawak dompet ngan henset je letak dlm poket. tp encik suami suruh bawak beg besar. senang dia nak seludup barang keluar masuk umah/wayang."
Rupa-rupanya perempuan yang belum berkhawin tak suka sangat bawak beg tangan yang besar-besar ni.
Kalau yang dah khawen?
Peringkat kedua: Sudah berkahwin dan beranak pinak.
Kata Kak Ilmar.
" Dl ms bujang beg sedang2 aje.skang dah ada anak beg makin besar..sume ada dlm tu..pampers..botol susu anak..sometimes baju anak pun masuk dlm tu...tp kdg2 ppuan pilih beg yg sesuai ngan saiz badan..."
Masa bujang perempuan suka bawak beg tangan yang sedang-sedang?
Timbul persoalan lain. Beg tangan yang sedang-sedang bagi perempuan tu besar mana? Haha.
Baiklah. Ketika di alam perkhawinan. Wanita khususnya mempunyai tanggungjawap yang besar. Nak kena jaga anak, susu anak, lampin anak, baju anak, kebajikan suami dan sebagainya. Sebab itu beg tangan yang besar ini kadang-kadang terpaksa mereka bawa supaya memudahkan mereka.
Kalau lelaki, senang lah.
Kesimpulan artikel Perempuan, kenapa bawa beg tangan yang besar?
Waktu bujang.
- Perempuan suka yang simple.
Waktu khawen.
- Terpaksa pakai beg tangan yang besar.
Tapi,betul ke? Korang ada pendapat yang lain?
Abe Mirul,
Nak khawen 5 tahun lagi.
Salam perkenalan.
EmoticonEmoticon