Isu Akta Keterangan (Pindaan) 2012 : Wajar atau Tidak Untuk Dilaksanakan?







Assalamualaikum wbt. 

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat baginda.

Semalam (31/5/2012) kecoh mengenai Akta Keterangan (pindaan) 2012 baru yang akan berkuatkuasa pada hari ini iaitu pada 1 Jun 2012. Pelbagai pandangan yang diberi oleh masyarakat di negara kita khususnya blogger Malaysia berkenaan Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini.

Ada yang menentang dan ada pula yang menyokong namun apa yang saya lihat,ramai yang menentang. 

Mengapa dan kenapa? Baiklah. Pedulikan apa yang mereka fikirkan kerana mereka punya sebab yang tersendiri memandangkan Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini menyekat kebebasan bersuara! Benarkah akta ini menyekat kebebasan bersuara?

Namun, bukan itu yang hendak saya timbulkan disini. Persoalan saya ialah wajarkah penguatkuasaan Akta Keterangan (pindaan) 2012?

Baiklah. Bagi sesiapa yang tidak jelas apakah Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini boleh berkunjung ke blog amanz.my.(klik)



Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini menetapkan bahawa semua pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka.

Berbalik kepada persoalan tadi. Wajarkah?

Ya! Bagi saya, apabila dilihat dari sudut yang positif. Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini amatlah wajar dilaksanakan di negara kita dan patut dilaksanakan sejak dari dulu. Kenapa?

1.Untuk menyekat fitnah.
2.Rakyat Malaysia akan lebih berhati-hati dalam bersuara dan tidak mengeluarkan kenyataan yang meruntuhkan kedamaian serta silaturrahim.
3.Menjadikan rakyat Malaysia lebih bertanggungjawap akan segala tindakannya.
4 Pemilik dan pengunjung blog politik tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat lagi.
5.Hanya berita yang sahih dan benar sahaja akan tersebar (mungkin).
6.Rakyat Malaysia akan menggunakan internet ini secara berhemah.
7.Tiada lagi rakyat membidas kerajaan dalam alam maya.
8.Pihak yang menghina agama dan negara akan didakwa.
9.Menjadikan rakyat Malaysia lebih berakhlak dalam alam maya.
10.Menjadikan rakyat Malaysia tidak sakai/galak dalam menggunakan internet.
11.Berita di media masaa tidak akan mengeluarkan cerita lucah gay atau seks  di dalam tanas.
12.Blog-blog fitnah akan terkubur dan merana. (Ha! Ha! Ha!)

Erti kata lain, Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini amatlah sesuai dilaksanakan di negara kita bagi menjamin keselamatan, keharmonian dan tingkahlaku rakyatnya yang sukasuki/gemar MENGHENTAM kerajaan di belakang tetapi pengecut di depan. Sebenarnya, banyak lagi perkara positif berkaitan dengan Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini. Ia sebenarnya bagus dan tidak perlu dipertikaikan lagi sekiranya anda seorang yang selesa dengan apa saja keadaaan.

Walaubagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan cara Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini menghukum atau menilai dimana seseorang atau pemilik itu akan dikenakan tindakan jika tidak dapat mengawal komen pengunjung di blog/laman sosial atau di dalam forum atau seseorang itu menggunakan peranti anda untuk melakukan perkara-perkara yang buruk dan sekiaranya anda menyediakan perkhidmatan yang menyebabkan tindakan itu berlaku maka anda juga akan dikenakan tindakan. Mungkin kena tahan seperti ISA? Haha.

Jadi, wajar kah? Memandangkan perkara ini sukar untuk direalisasikan kerana rakyat Malaysia terkenal dengan "SIKAP BERBUDI BAHASA DAN SOPAN SANTUNNYA" ketika mengeluarkan kata-kata dalam keadaan marah/gelisah/cemas/geram/panas/sakit hati.

Selain itu,perkara yang merisaukan saya adalah dari segi pelaksanaanya nanti. Mungkin kerajaan akan menyekat segala KEBENARAN-KEBENARAN mengenai kesilapan kerajaan dalam mentadbir negara lantas orang yang menyebarkannya akan didakwa namun sekiranya dia menyokong atau mengampu kerajaan maka dia boleh bergumbira sambil makan choki-choki. Adakah perkara ini adil? Kebarangkalian untuk terjadi amat tinggi.

Hal ini kerana media kita di Malaysia tidak bebas dan terkongkong. Maklumat yang benar kadang kala dieksplotasikan untuk menutup salah kerajaan yang memerintah. Lagipun dalam konteks negara kita yang suka mengamalkan peribahasa " Kera di hutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan" dan " kuman di seberang nampak, gajah di depan mata tak nampak" lantas menyukarkan keadilan untuk bertapak di negara Malaysiaku yang tercinta ini.

Disamping itu, sekiranya kerajaan benar-benar serius dalam melaksakan Akta Keterangan (pindaan) 2012 ini maka kerajaan harus menyekat dahulu laman-laman yang lucah yang terang lagi bersuluh merosakkan akhlak berbanding menyekat mereka yang mengeluarkan pandangan yang benar ataupun mengarut di dalam alam maya.

Baiklah. Dalam bahasa mudahnya jika kerajaan serius.

1. Kerajaan harus menyaman pengasas facebook dan menyekat laman sosial yang ada kerana membuatkan manusia suka berkongsi apa-apa sahaja dalam alam maya ini.
2. Kerajaan harus menyekat penggunaan internet di negara kita maka tiada lagi rakyat yang suka mengutuk kerajaan.
3. Kerajaan harus menyaman pencipta elektrik kerana dengan adanya elektrik maka adanya pengaliran arus yang mengalir melalui wayar-wayar yang dapat menghidupkan pelbagai alat-alat seperti laptop,komputer dan modem internet. ( Panjang teori ni. Haha)

Erti kata lain kerajaan kena sekat semua perkara yang menyumbang ke arah perilaku HARAM JADDAH ini. 

Kesimpulannya, perkara ini tidak masuk akal!!! Kerana kerajaan selalu buat saya pening. Haha! 



Apa pula kata anda?

Nota: Akta ini ada baik dan buruknya. Jom bersangka baik terhadap kerajaan! Saya sokong kerajaan ketat-ketat tau!!! Muahx3!

2 comments

kalo DT komen ni, awk kena tau.. he he
gurau saje...
betul kt abey ni.. ada positif ada negatif...
cuma masih tak tau ape denda dia..
confius lg ni..
ape ape pon berani kerana benar.
kalau kita bersalah tapi apa kita nak sampaikan tu benar, jadi kita perlu berani..
ye dok..

http://sitiatikah.com

Bergurau-gurau pulak DT nih. Haha!
Ya! Betul tu, berani kerana benar.
Jangan biarkan kerajaan menjadikan hidup kita misteri.
#harap-harap lulus lah komen hamba ni.


EmoticonEmoticon