Cara Untuk Elak Daripada Ditipu P1 Wimax

p1 Wimax Penipu, Cara Elak Kena Tipu p1 Wimax,

Sekarang ni kecoh bahawa syarikat P1 Wimax telah menipu para penggunannya. Sebenarnya, masalah ini bukan baru tetapi telah berlaku 2 tahun sejak kebelakangan ini. Di dalam forum yang terkenal seperti Carigold.com juga telah banyak diutarakan masalah mereka dengan syarikat P1 Wimax.

Sebenarnya masalah ditipu ataupun tertipu ini tidak wujud jika kita benar-benar prihatin. Tak gitu? Korang jugak kena tahu cara untuk elak daripada ditipu oleh P1 Wimax | Syarikat Penipu Terbesar di Asia.


Cara Untuk Elak Daripada Ditipu oleh P1 Wimax.

1. Fahami kontrak P1 Wimax.

- Sebelum korang tandangan apa-apa perjanjian dengan syarikat mana-mana telkomunikasi. Korang kena baca dulu kontrak dan syarat syarikat tersebut. Ini tidak, kontrak tak baca. Lepas tu,kena caj bagai. Mengamuk pula. Kadang-kadang silap kita sebagai pengguna.

2. Tamatkan Perkhidmatan P1 Wimax Melalui Cara yg Betul.

-  Sebelum korang nak tamatkan perkhidmatan P1 Wimax ini, korang kena tahu prosedur dan cara dia. Kaedah yang betul dan teknik yang betul. Korang tak boleh telefon sahaja nak tamatkan perkhidmatan.

- Kena telefon. Tanya prosuder tamatkan perkhidmatan. Lepas tu, hantar modem tu balik. Ingat! Pergi ke pusat P1 Wimax terus untuk selesaikan masalah korang. Jangan nanti, modem dah hantar tapi ada masalah berbangkit seperti kena CTOS sebab korang tak rujuk kontrak dan syarat yang telah korang tandangan.

3. Tanya orang yang mengetahui.

- Sebelum korang langgan ataupun korang nak tamatkan perkhidmatan P1 Wimax Potong ini. Korang kena tanya orang lain dulu. Bukan main redah je. Tanya pendapat orang yang betul. Gunalah internet sebaik mungkin.

4. Jangan Langgan.

- Cara paling senang. Jangan langgan lansung P1 Wimax dan segala jenis syarikat Telekomunikasi. Senang je. Sebab apa? Sistem kita harini sistem kapitalis yang mana menghimpit kita sampai ke lubang cacing. Korang tengoklah dalam apa-aa perkara, orang macam kita ini lah tertindas dan tak ada keadilan untuk kita.

- Barang naik, tol naik, minyak naik, gula naik, sayur naik, ikan naik, ayam naik, sardin naik, tambang LRT naik, tambang bas naik, gaji menteri naik dan semuanya naik.

- Tapi kita? Takat itu je.

Apapun, ini kot cara yang mampu difikirkan berdasarkan situasi yang berlaku. Tak lain tak bukan, cara inilah untuk elak daripada ditipu P1 Wimax dengan trademarknya " Potong Pengguna.."

Kalau ada cara lain, kongsikan di ruangan komen.

Woha!

10 comments

byk dgr kes 2 skrg smpai ada org mngamuk kt booth p1 nie. .apa kes sbnrnya? muahaha. . :D

Apa kes? Nama masuk CTOS. Kena caj mahal-mahal. Walaupun tak tamatkan perkhidmatan, alih2 datang bil kena bayar. Mana tak mengamuk. Haha.

Tapi ada jugak yg kena sebab tak ikut kontrak.. kena sailang lah.

Sedih. haha

untuk aku. yang ke 4 paling sesuai. :D

Haha. Betul tu. Tak usah langgan. Sebelum nak langgan apa2 syarikat telco. Kena dapatkan maklum balas org sekeliling kita. Tak gitu?

Jgn lah mengamuk kat booth. Mcm tak de iman je..

haaa , klu dyg pun dyg pilih no.4 , mom dyg pun tkut da nk smbung mna-2 syrkt telco nii , kdg-2 klu kita yg xtau/xnk amik tau pun senang-2 je kenaa tipu .benci !

Ada yg mengamuk kt booth? Mmg betul cara tu tak kena.. tak manis org pandang.. kan?

Haa. Betul tu dayang. Baik tak usah lah langgan kalau maklum balas pengguna pun teruk. Pakai streamyx je la. Hehe

Terkadang kita juga tak boleh nak salahkan p1wimax 100% bagi saya semua telco sama sahaja ada kekurangan dan ada juga kelebihan, Ditipu dan Tertipu itu lumrah , manusia kan ? ada niatnya yang tersendiri , baik buruk kita tak tahu .

Maaflah , saya pengguna p1wimax , alhamdulillah setakat ini saya tak ada lagi masalah dengannya , layanan pun baik . Bagi saya , satu sahaja untuk melanggan dengan mana mana telco , perlu banyak bertanya , dan jangan MALAS untuk baca dia punya keterangan pada kertas promote beliau . okay . Terima kasih :)

pi makan duit haram


EmoticonEmoticon