Showing posts with label Edisi Hidup. Show all posts
Showing posts with label Edisi Hidup. Show all posts

Adakah Aku Tersilap Memilih Bidang Kejuruteraan?

Assalamualaikum.

Weh, lama betul aku tak update blog. 6 bulan kot. Bukan apa, sibuk belajar. Bulan Disember 2013, aku daftar sebagai pelajar Diploma Microelectronics di Mara-Japan Industrial Institute(MJII) kat Beranang, Selangor.

Kolej ni best!

Dapat elaun tiap-tiap bulan. Yuran pengajian percuma. Kalau dapat 3.5 boleh pi belajar kat Jepun.

Belajar pulak dalam air-cond. Siapa tak nak?  Tapi...

Adakah Aku Tersilap Memilih Bidang Kejuruteraan?

Keputusan peperiksaan akhir semester telah keluar. Pointer yang aku dapat memang sah aku duga. Nasib baik tak kena tendang. Boleh lah cukup-cukup makan.

Hmm..adakah aku silap pilih bidang? Dulu aku fikir boleh bawa bidang kejuruteraan ni tapi nyata ia mencabar aku. Cabaran berdepan dengan semangat diri dan kesusahan dalam memahami subjek yang kritikal seperti Engineering Math, Electrical Circuit dan Digital Electronics.

Pyhics ? Bagi aku boleh lagi nak layan sambil tutup mata.

Sebelum aku ke MJII, aku dapat tawaran ke Uitm untuk Diploma apa entah. Lupa dah. Tapi aku taknak ke Uitm.

Kenapa Tolak Uitm?

Antara sebab aku tolak Uitm ialah.. PTPTN. Aku taknak menanggung hutang di usia yang muda. Kalau aku nak berhutang PTPTN, mungkin ketika aku sambung Ijazah. Jadi, memandangkan KKTM/MJII dibawah MARA ini menyediakan elaun dan yuran pengajian yang percuma. Maka, aku bersetuju..

Belajar Kerana Minat.

Kata Pensyarah/ Sensei aku.

" Kalau awak tak pandai Math, tak usah ambik Engineering. Tapi awak semua dah terlambat.."

Ha! Memang betul kata sensei aku. Kalau kita tak pandai Math. Tak usah lah nak gatal tangan nak belajar Engineering melainkan kita seorang yang luar biasa. Aku? Aku ni insan yang lemah. Hahaha!

Bidang Kejuruteraan ini memerlukan kita untuk mahir matematik. Sebab apa? Sebab matematik berkait rapat dengan subjek lain.

Ya! Matematik ada kaitan dengan Electrical Circuit, Digital Electronics, Physics dan lain-lain.

Tak pandai math, kau tersungkur. Macam aku.

Kalau nak kira minat, aku lebih suka bidang kulinari sebab aku bekas pelajar vokasional aliran Katering. Memang niat aku nak belajar aliran Kulinari tapi aku tak dapat peluang macam kawan-kawan aku.

Kawan aku tuh... hmm.... dah habis dah Diploma Kulinari. Siapa tak jeles? Huhu.

Nasihat Kepada Pelajar Lepasan SPM. 

Oke. Aku tak layak sebenarnya nak bagi nasihat tapi orang tua-tua kata. " Orang lama ni dah makan garam".

Jadi, aku yang dah makan garam bukit ni nak bagi lah sedikit sebanyak nasihat untuk korang yang baru nak mengenal dunia sebenar kehidupan selepas persekolahan.

1. Selepas SPM, jangan bazir masa.

- Aku habis SPM tahun 2011. Sekarang sudah 2014. Hampir 3 tahun aku bazir hidup aku terumbang ambing. Kawan aku kat kolej lagi lah.. Dah umur 26 tahun baru ambik Diploma. Apabila aku tanya " Tak rasa rugi ka duk main-main selama ni?"

Dia kata " Rugi la jugak.."  See?

2. Selepas SPM, sambunglah belajar dalam bidang yang kita minat.

- Belajarlah benda yang kita minat. Apabila kita minat, kita makin suka buat benda tu. Cari jugak peluang untuk belajar benda yang kita minat selagi ia menguntungkan kita.

Dan cuba untuk tanam minat. Aku akui, tanpa minat kita tak rasa bersemangat nak buat benda tu.

Kesimpulan.

Aku tahu nak cakap apa. Aku rasa inilah takdir aku. Takdir untuk aku meniti di jalan ini. Aku percaya Allah swt tempatkan aku disini dengan sebab-sebab yang kukuh. Ada hikmah. Walaupun aku risau dengan pointer aku yang teruk ni tapi insyaAllah aku akan usaha untuk naikkan balik pointer aku.

Pasai apa kena naikkan pointer? Pasainya....kalau pointer bawah 1.7. Nanti kena tendang kolej. Cuba fikir..Siapa nak tanggung orang bodoh belajar? Hahaha.

Diploma ni senang sebenarnya sebab carry marks banyak yang backup kita. Yang jadi susah, kita malas.

Kalau nak bandingkan Diploma dan STPM, aku rasa Diploma senang. STPM pun senang. Semua benda kat dunia ni senang lah bro kalau kita rajin. Betul tak? Haha.

K lah. Umur makin meningkat, terasa rugi masa berlalu..

p/s: Ambiklah peluang yang ada.

Blog Bersawang

1. Assalamualaikum. Dah lama aku tak update blog ni sebab sibuk belajar di tempat baru.

2. Pertama sekali aku nak minta maaf kat blogger yg aku janji nak review blog dia dalam segmen aku.Maafkan aku, aku tak sempat.

3. Blog bersawang ini bukanlah satu benda yg buruk cuma jika kita ada amanah di alam maya ini dgn orang lain. Itu yg berat tu.

4. InsyAllah jika ada masa lagi. Aku akan kembali ke alam blogging ini balik? Seronok woo tengok kemesraan dan keakraban blogger-blogger lain.

5. Kadang-kadang terpikir jugak, jadi blogger ni sebab nak seronok ke sebab nak dapat duit? Bagi aku, kalau dua-dua. Apa salahnya.

6. Salam sayang daripada aku untuk pembaca. InsyAllah, mu tunggu aku menulis lagi. Woha!

Abe Mirul,
Blogger picisan.

8 Sebab Korang Rasa Nak Tumbuk Rakan Sebilik Korang

tumbuk rakan sebilik, houstemate annoying, rakan bilik, kena tumbuk, penumbuk

Pernah tak korang rasa nak tumbuk ke, rasa geram ke atau rasa apa-apa la kat rakan sebilik korang?

Aku ada sedikit la pengalaman.

Tulisan di bawah ni aku ambil sumber daripada blog: Magenta-made dan tambah ulasan aku.

1.Kau bising macam sial bila aku nak tidur. Lepas aku dah tutup lampu and dah tertidur, kau tiba-tiba bawak kawan-kawan kau balik lewat, buka lampu, cakap dan gelak kuat-kuat. Macam haram.

- Aku pernah kena macam ni. Pukul 2 3 pagi, masa itulah dia nak merayap dan bawa kawan lepak kat bilik. Siang hari pulak tido. 

4 Bahasa Yang Mahukan Penampar.



Assalamualaikum !

Tahukah korang bahawa 4 bahasa ini dan seangkatan denganya memang menyakitkan hati. Kadangkadang  apabila kita dengar dan baca, rasa geram jugak.

1. Bahasa rempit.  

- Rempit adalah sejenis spesis berukera yang sukakan motor dan bergerak dalam kumpulan, sebab takutkan haiwan pemangsa seperti polis, polis trafik dan juga manusia yang mahukan habitat mereka untuk aktiviti riadah.

Medical Check Up? Tak Susah Mana Pun.


2 hari yang lepas. Aku mengambil keputusan untuk buat medical chekup bagi memenuhi syarat untuk kemasukan ke kolej. Tak boleh tunggu dah. Namun, hujan yang melanda kawasan Pantai Timur bukan penghalang buatku.


Mula-mula ibuku memberi cadangan untuk melakukan medical checkup ini di hospital kerajaan. Tetapi aku tidak bersetuju. Kerana pengalaman aku menunggu berjam lamanya di hospital kerajaan membuatkan aku perit dan insaf.



Masa itu emas.



Maka, aku melakukannya di Klinik Dr.Ramzi.



Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap sedia. Hujan renyai-renyai. Aku start motor Lagenda 110Z ku dan terus menghala ke Klinik Dr. Ramzi. Satu sahaja tujuan ku. Medical chekcup harus siap haritu jugak.



Sampai sahaja di hadapan klinik tersebut. Hujan mula turun dengan lebatnya. Alhamdulillah. Aku tidak basah.

Dari Dunia, Kembali Ke Akhirat

Ketika aku berada di Tingkatan 5. Aku ada satu soalan Sejarah pada cikgu Sejarah.

Tapi sayang. Cikgu Sejarah suruh aku mencarinya ketika di Universiti. Takkan aku nak ambil bidang Sejarah,kan?

Tetapi, aku temui ketika berada di Tingkatan 6. Sedikit, tetapi tidak banyak. Namun, timbul lagi banyak soalan tentang Sejarah. 

Aku cuba bertanya pada Cikgu Bahasa Melayu(Ting.6). Jawapnya, baca sahaja dalam buku. Tetapi, aku tidak menemui jawapan. Aku rasa pendidikan kita hanya berdasarkan buku. Seandainya soalan yg luar daripada buku, ia seolah-olah tiada jawapan.

Misi Bersenam Dengan Berbasikal



Assalamualaikum wbt!

Beberapa hari lepas saya rasa saya perlu lakukan misi untuk kuruskan badan. Ya la kan. Apabila badan makin berisi ni, makin lama makin tak terdaya nak bergerak. Nak solat pun susah nak duduk tahiyat, nak berjalan laju pun tak boleh.

Maka, saya tekad nak baiki basikal adik saya yang sudah lama tersadai ini. Apabila fikir balik, duit itu memang la jadi masalah tetapi macam mana sekalipun. Kena usaha gak kan? Banyak gak kena baiki.

Banyak dah saya tukar. Seat, tayar baru, baiki rim, brek baru, handle baru, sarung handle, penukar gear, skru baru, lampu untuk berjalan malam.

Jadi, siaplah jugak basikal ini walaupun seksa jugak lah.



Lepas baiki basikal ni kan, seronok jugak ye berbasikal. Menyesal pula rasanya masa ada duit dulu tak beli basikal. Kalau lah saya tahu, kompem lah saya beli.

Tapi nak buat macam mana, apabila ada duit ni. Kita lupa diri. Haha. Kadang-kadang tak fokus, duk ikut nafsu. Apapun, kalau nak bersenam. Bersenamlah dgn berbasikal. Seronok!!

Dan satu lagi, topi obey saya dah sampai. Cun! Nak tahu tak saya beli kt mana? Nanti saya bagitahu. RM35 je. Saya beli online. Cantik pun cantik, wangi pulak tu.



Dulu Minat Menulis Blog, Sekarang? Hmm...


Aku mula blogging ni kalau tak silap tahun 2010. Masa tu kot. Tetapi aku dah buat blog tahun 2008. Hebat tak? Haha. Lama tu. Cuma masa tu baru nak kenal binatang apakah blog ini? Haha.

Pada tahun 2008 tu, memang huduh giler lah paparan blogspot ni.  Selepas saja-saja cuba buat blog, aku tak peduli mana la sebab masa itu untuk dapat rangkaian internet susah. Aku duk kampung.

Tetapi apabila aku pindah ke Kuching,Sarawak. Aku mula menulis blog. Blog pertama aku buat namanya " Amir Izzat". Korang boleh cari kat google, nanti jumpa lah. Blog tu tak aktif dah sebab masalah teknikal. Bagi aku, banyak kenangan manis aku kat blog ni. Serius, aku rasa itu kot pengalaman terindah. Cewah! Haha!

Blogging ni seronok. Ada ramai kawan. Boleh kenal ramai orang. Ada pertandingan bagai. Tak silap dulu, ada Anugerah-anugerah. Memang meriah. 

Tetapi dulu lain, sekarang lain. Berapa tahun dah berlalu. Sekarang, blogger yang cun dan hensem je terkenal. Blogger macam aku ni, gigit kuku lah. Haha.

Dulu ada Geng Blogger. Kat sini lah kami sembang-sembang. Seronok lah.

Blogger-blogger otai pun selalu jugak singgah blog " Amir Izzat" aku tu. Selalu ea? Haha.

Takda la selalu tetapi ada. Blogger otai memang mesra alam. Aku dah tak ingat dah nama blogger tu. Yg pasti, ada blogger seangkatan dengan aku dah berjaya. Blog pun dah maju. Duit pun makin bertambah. Muka senyum je memanjang.

Aku? Aku tetap disini. Duk menanti duit Nuffnang 6 bulan sekali. Boleh la RM50 buat beli apa-apa yang patut.

Apa yang aku nak bagitahu, dulu lain. Sekarang lain. Zaman dah berubah. Hidup ini mengajar kita untuk berdikari. Tak semua benda akan kekal. Pasti akan hilang.

Saat ini, aku belajar untuk menghargai kerana jika laptop rosak dan anda tidak ingat password email dan blog. Maka, menangis lah tak berlagu macam aku ni.

Aku masih minat menulis tetapi tak macam dulu sebab aku rasa keseorangan. Hmm...Aku cuba nak cari kebahagian dan keghairah menulis blog macam dulu tetapi tak dapat..aku tak dapat rasa...

Tetapi, hidup harus diteruskan. Semoga korang dan aku berjaya dunia akhirat.

p/s: Password blog/email tu, jangan lupa salin atas kertas. Otak kita ni, kadang-kadang ada tarikh luput. Hehe. :)

Susah Nak Tidur Malam

Aku tak tahu lah. Sejak kebelakangan ni, aku susah sangat nak tidur malam. Aku sendiri tak tahu nak buat apa malam-malam ni.

Asyik duk layan laptop dan internet je. Tapi, takda apa-apa pun sebab duk tengok facebook, layan forum dan kadang-kadang layan game. Tak lebih kurang juga, termenung. Nak kata aku dah gila, hish. Mintak jauh-jauh lah ye.

Perkara ni kadang-kadang buat aku tertekan pun  ada. Haha.

Iyalah kan, cuba bayangkan kalau dah nak subuh baru mata boleh terlelap. Kadang-kadang selepas subuh. Jadi, bila tidur waktu macam ni, waktu matahari terpacak baru nak bangun.

Sebenarnya, bahaya juga kalau tak boleh tidur malam ni, kan? Sebab aku ada baca la kat mana entah. Dimana badan kita ni memang kena tidur malam, kalau tidur siang hari ni dan berjaga malam. Ia akan membuatkan sistem badan kita jadi lesu, letih, tak bermaya. Takda tenaga.

Tapi, betul jugak kan?

Apabila kita tak tidur malam tapi duk tidur siang maka terbaliklah proses kehidupan kita. Kita ni manusia, bukannya kelawar. Haha.

….nak buat macam mana kan? Payah tabiat ni. Lebih-lebih lagi kalau ada internet.

Hmm….. Seolah-olah aku ni terlalu takut untuk tidur.
Korang pun ada masalah yg sama ke?

Nota kaki: Layan game Modern Warfare 3 pun tak habis lagi…

Dugaan Datang Untuk Sedarkan Kita Yg Lalai


Kita ini manusia biasa yang sentiasa lalai dalam apa-apa jua keadaan. Amat payah untuk kita sedar akan maksiat dan dosa kita sehinggalah didatangkan peringatan seperti penyakit.

Penyakit ini datang taktala kita tak jangka. 
Saat kita bergembira, saat duka dan sebagainya.

Untuk mereka yang seperti aku ini, yang lalai dalam kehinaan dunia yang sementara ini.
Penyakit yang datang ini pastilah sebagai tanda awal untuk ingatkan kita akan kematian.

Bayangkan jika tidak didatangkan peringatan daripada tuhan yang Maha Esa.

Adakah kita akan ingat akan DIA?

Percayalah, tidak!

Tetapi hakikatnya DIA yakni Allah swt yg Maha Esa lagi Maha Penyayang itu sebenarnya kasih pada hambarnya. Saat kita senang, diberinya kita segala nikmat dan disaat kita senang jua, diberinya kita cubaan dan penyakit. 

Untuk apa semua itu? 

Untuk kita ingat!
Untuk kita sedar!
Untuk kita bertaubat!

Supaya kelak kita mati, mati dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt yg Maha Esa.

Sesungguhnya, Allah swt sebaik-sebaik perancang.

Ingatlah, DIA sentiasa bersama kita. Dugaan yg kita hadapi ini hanyalah sementara. Dunia ini hanya sementara.

Jangalah kita lupa akan Allah swt. Kelak, apabila waktu kita sudah habis. Kita tidak akan berpeluang lagi......saat inilah yang berharga!

Cerita Aku Bulan Oktober


Assalamualaikum wbt.

Sedar atau tidak, masa kian berlalu. Sekarang,dunia sudah memasuki bulan Oktober. Banyak kisah yang hendak aku kongsikan disini. Betapa lamanya aku membiarkan blog ini bersawang. Tentu saja cicak ketawa menggilai melepaskan tahinya,tentu saja labah-labah riang tertawa membuat sarangnya dan tentu saja itik bertelur lagi.

Bulan-bulan yang berlalu begitu banyak kenangan pahit manis yang aku lalui. Hari ini,aku perlu tekad untuk menerajui kehidupan mendatang.

Menghadapi Peperiksaan STPM

Bulan November semakin menghampiri. Debarannya usah dicerita. Tetapi ketahuilah akan pepatah ini, " Hero tok gadduh.". Maknanya, sukar diungkap. Haha. Hero selalunya akan menjadi kuat di saat akhir setelah melihat aweksnya dikasari oleh penjahat,kan? Begitulah aku.

Tetapi, aku harus sedar " Kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga". Diriku ibarat hidup segan mati tak mahu. Peperiksaan ini amat penting kerana pointer pada penggal pertama ini menentukan pointer pada penggal ke 2 dan ke 3. Mohon doakan aku dalam rindu.


Misi Kuruskan Badan

Aku rasa,itik dan arnab kat rumah aku pun dah meluat duk dengar aku bercerita tentang misi kuruskan badan. Aku pun dah naik muak dah. Tak kurus-kurus jugak sampai ke lani.

Iya lah. Sejak dulu lagi nyah. Tetapi apa hasilnya? Aku tewas pada Nasi Beriani Ayam,tersungkur melihat Sup Perut,rebah terguling melihat aiskrim dan tergetar-getar melihat lauk pauk yg sedap. 

Benda ni ibarat kau jumpa aweks yang cun,tipulah kalau kau tak terliur ataupun kau gay? Hahaha!

Teringat pula stail lama seorang kawan mengorat perempuan. Tengah jalan-jalan dengan member lepas tu ada awek lalu. Sambil lalu berselisih dengan awek.

" Peeewittt! Nombor mintak lok." 

Lepas tu,buat-buat bercakap dengan kawan. Haha! - susah gila aku nak terangkan situasinya. Mohon korang faham. 

Tetapi bulan ini , aku tekad untuk berdiet dan bersenam.mAku selalu motivasikan diri agar semangat tak mudah lentur.

Setiap kali tergoda dengan makanan. Aku sering berkata kepada perut.

" Perut, kau jangan makan. Kau kena kuruskan badan. Bila kau kurus,Neelofa pun nak kau kau."


" Perut Oh Perut! Jangan! Jangan! Ingat! Jangan biarkan hidup kau diselubungi lemak perut buncit.."

Sasaran aku tiga bulan. Aku kena turunkan berat dari 94kg kepada 80kg. Aku tak mahu nanti, bila kawen baru nak kuruskan badan. Jadi,wahai kaum lelaki. Sekiranya anda mahu hebat bergaya,hilangkan perut bencit anda dengan bersenam. Ingat! Gadis secantik Wawa Zainal pasti termimpikan anda jika anda mempunyai 6 ketul perut. Hahaha!

Dilema antara Tingkatan 6 atau Pusat Pengajian Lain.

Ayah aku sentiasa bagi dorongan dan pendapat kat aku. Beliau cakap,sekiranya aku tak dapat bawa pengajian STPM ni, lebih baik aku belajar tentang kemahiran seperti IT,Elektrik dan sebagainya. Cuma yang merunsingkan aku, aku takut aku tak mampu. Aku tak yakin dengan diri aku. Kalau korang? Korang rasa macam mana? Oh! Dalam dilema...

Jujur aku cakap, kepala aku sentiasa pening apabila membaca buku. Aku tak tahu kenapa. Mungkin jin yang berada dalam tubuh aku ni jin pemalas. Pening mak....

Begitulah sedikit sebanyak coretan aku. Mohon korang baca sampai habis dan sudi memberi pendapat. Yang baru bertandang ke sini,salam perkenalan dari Abe Mirul. Semoga korang terus sukses! Chaiyok! Chaiyok!

Kopiah & Gelaran Ustaz

Assalamualaikum wbt.


Pernah tak apabila korang jalan-jalan di tempat awam,korang terlihat mereka yang berseluar slack hitam,berbaju kemeja licin dan berkopiah. Nampak sopan,tertib dan kemas. Kadang-kadang aku rasa cemburu melihat mereka. Mereka mampu berpakaian sedemikian sedangkan aku tidak. Apabila keluar rumah, bersih sahaja pakaiannya. Kopiah putih juga tidak lekang daripada kepala. Pernah dak terdetik dalam hati.


" Aku nak berubah gak ar...pakai macam depa ni."


Mesti pernah terniat bukan? Ada orang keluar rumah pakai baju t-shirt,seluar jeans  dan berselipar Levi's. Kononnya,ikut fesyen lah. Aku pula? Aku rilek je. Haha.


Hari Raya & Kek Lapis Sarawak

Assalamualaikum wbt.

Sekarang, kita dah hampir separuh hari berada di bulan Ramadhan al-mubarak. Bagaimana dengan puasa kita? Yang dewasa nun,jangan duk buat perangai macam budak-budak zaman dulu-dulu lah. Dah besar panjang der,bersunat pun sudah. Tunggu nak kawen je,kan? Haha!

Malam ni, Abe duk terkenang pulak kisah Hari Raya Aidilfitri masa Abe duk kat Kuching tahun lepas. Banyak kenangan yang terukir masa Abe tinggal dan bersekolah kat Kuching. Duk kat Kuching ni seronok, orang Sarawak mudah mesra,senang nak berkawan, mudah jadi geng dan gembira sokmo. Mena sik kata kamek? Haha.

Tetapi, Abe nak cerita kat sini. Apabila tiba musim Raya, suasana kat sini lain. Tak macam di Semenanjung. Nanti je lah Abe kongsi. Apa yang pastinya, taksah raya kalau tiada Kek Lapis Sarawak ni. Kalau pergi jalan-jalan ke rumah kawan, rumah kawan sayah. Mesti ada je kuih ni hinggakan Abe pun pening nak menjamu Kek Lapis. Haha. Yang pasti, apabila tiba hari raya. Kek Lapis wajib ada. Betul sik kawan-kawan?

Masih Wujudkah Kasih Sayang Antara Kita?


Sedang aku berjalan-jalan di kota. Aku cuba untuk berkelakuan seperti orang yang tenang dan peramah. Aku cuba untuk senyum. Namun,aku bimbang andai senyuman itu selalu disalah tafsir. Lebih-lebih lagi yang makcik-makcik.Kalau mereka berkenan dengan senyuman aku. Tak ke naya? Tapi berkenan nak buat menantu. Takpe...

Kadang-kadang menjadi peramah bukannya mudah. Ingat sesenang makan gula-gula ke? Hang hisap,hang kulum, hang rasa,hang telan. Tak semudah itu.

Namun,aku tetap berusaha untuk menyalurkan kasih sayang aku sesama saudara seagamaku. Aku cuba untuk membina satu pandangan baik daripada masyarakat terhadap ini aku dan terhadap agamaku.

Kasih sayang? Perkara ini telah diterapkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw mengajar kita supaya sentiasa berkasih sayang sesama kita. Namun, aku terfikir. Masih wujudkan kasih sayang ini?

Kasih sayang dimana kau dan aku tidak pernah bersua..tidak pernah bertemu apatah lagi menjeling-jeling. Tetapi,andai kau dan aku bertemu. Kita terus beramah mesra. Terus menjadi sahabat. Terus menjadi suami isteri. Ops!

Tetapi pada hakikatnya,perkara ini sukar. Sukar untuk kasih sayang ini mengalir dalam jiwa masyarakat kerana wujudnya satu dinding pemisah antara kita iaitu bersangka buruk dan malu tak bertempat. Hanya Allah swt sahaja yang tahu namun itulah kebenarannya.

Contoh.

Terlihat seorang makcik sedang membawa barangan yang amat berat. Tercungap-cungap makcik itu berjalan sambil membawa barangan yang baru sahaja dibeli di pasar. Kemudian, lintas seorang pemuda yang memakai seluar jeans ketat. Baju pink dan berkaca mata hitam serta berselipar jepun.

" Hurm. Nak tolong ke tak ni? Kan kalau aku tolong. Nanti ada orang kata aku nak merompak makcik ni. Takpun,dituduh meraba. Naya aku.." getus pemuda itu antara hendak tolong atau tidak. 

Lantas,pemuda itu berlalu pergi meninggalkan makcik itu tanpa mengetahui bahawa makcik itu ada seorang anak dara yang cun melecun bernama Lisa Surihani. Sayangnya,dah kawin dengan duda. Melepaslah pemuda itu.

Kesimpulannya, pada situasi tersebut wujud 2 perasaan. 

Pertama: Kasih sayang.
Kedua: Takut pandangan orang.

Maka,apabila wujud perasaan yang berbolak balik ini maka untuk pemuda itu menunjukkan kasih sayangnya pada makcik itu terbantut dek terfikir akan pandangan masyarakat terhadapnya.

Begitulah yang berlaku pada masa kini.

Kita memang ada kasih sayang tetapi perasaan prasangka negatif kita itulah yang sering menghalang kita untuk  menunjukkan kasih sayang sesama insan tanpa menyedari melalui kasih sayang itu kita mungkin dapat berjumpa jodoh. Dapat berjumpa dengan sahabat sejati. Dapat mewujudkan ukhwah yang utuh antara kita.

Namun begitu,kasih sayang semakin hari semakin luntur dalam sanubari kita lantas menjadikan kita manusia yang mementingkan diri. 

Sebab itu, aku terfikir. Masih wujudkan kasih sayang antara kita? Yang ku lihat,kasih sayang antara dua makhluk yang bercengkerama sambil memegang tangan,berpeluk dan sebagainya semakin berleluasa.

Kasih sayang antara pasangan tanpa ikatan semakin meluas tak terkira dan semakin menjadi budaya dalam masyarakat kita tanpa ada tentangan kerana makhluk-makhluk ini mempunyai perasaan ingin tahu yang teramat kuat.

"Milah..milah. Abang tengok kan. Orang puteh tu jalan-jalan dengan makwe dia sambil peluk pinggang,pegang-pegang tangan. Cubit -cubit manje.. Jom la kita buat sekali.. kalau kita buat,tandannya kita romantik.. "

" Nak! Nak! Nak! Milah sukew! Cepat la..cepat laaa.. " 

Arghh..perbualan yg meloyakan namun itulah realiti. 

Demi Mencari Segulung Ijazah


Minda Bercelaru

Sejak kebelakangan ini, minda aku asyik bercelaru. Entah apa yang aku fikirkan sehingga membuatkan jantung aku berdegub kencang, fikiran melayang, perasaan sentiasa resah dan kuat makan.

Hairan dan hairan.

Minda aku semakin bercelaru sejak melanjutkan pelajar ke tingkatan 6 ini. Kadang-kadang aku rasa hendak mengalah dalam perjuangan ini. Kadang-kadang aku rasa aku tiada kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Kadang-kadang aku rasa malas,malas hendak pergi sekolah kerana suasana pembelajaran tidak kondusif walhal aku kini dalam perjalanan untuk mencari sehelai sijil demi mencari segulung ijazah.

" Kalau ada aweks,tentu tak sunyi.." Haha.

Mentaliti pelajar disekeliling yang masih berada dalam tahap kebudak-budakkan atau erti kata lain tidak matang dan tidak tahu hala tuju mereka membuatkan aku semakin terjebak dalam gaya hidup mereka yang lalai dan tiada arah. Mereka lebih suka melepak daripada menelaah.

Memandangkan aku ini jiwanya hanya kental di hadapan gadis-gadis cun maka ada kalanya aku menyertai mereka membuang masa berborak pasal gadis-gadis,kereta dan macam-macam lagi.

Namun, aku sedar apa tujuan aku belajar. Apa tujuan untuk aku menuntut ilmu cuma....

Minda aku bercelaru antara dunia dan akhirat. Iman didada harus dikukuhkan namun ilmu yang aku belajar kini hanyalah kepentingan dunia sedangkan masa mencemburui aku.

" Alangkah indahnya jika aku dapat undurkan masa..."

Masa terus berlalu dan berlalu tetapi aku masih di tahap yang sama.

" Argh! Ini semua mainan syaitan!" fikirku.

Syaitan menghasut aku sehingga aku hanyut.. Kadang-kadang aku kuat,kadang-kadang aku lemah. Kadang-kadang aku benar,kadang-kadang aku bohong.


" Betapa beratnya ujian ini...."


Namun,aku berusaha agar aku dapat kembalikan diri aku yang sebenar walaupun dunia kini menentang aku.

Orang di sekeliling aku tidak sesuai untuk aku maka orang seperti aku ini akan disisihnya.

Jiwa ini juga akan luntur jika tiada kata-kata semangat tapi aku harus bangkit.. Ya..bangkit...biar apa orang hendak kata janji aku berada di pihak yang benar.

Taktala minda ini bercelaru..aku hanya fikirkan bahwa aku harus tidur.... selamat malam. Assalamualaikum wbt!